Rahsia uban tak tumbuh walaupun umur dah lebih 50 tahun.. Hanya guna daun kari dengan yogurt sahaja!

Rahsia uban tak tumbuh walaupun umur dah lebih 50 tahun.. Hanya guna daun kari dengan yogurt sahaja!

USIA baru memasuki 30-an sudah ada tanda-tanda rambut mulai tumbuh uban.

Malu kan kalau masalah tersebut berlaku kat kita lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak bertudung.

Sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinan apabila tampil dalam khalayak ramai.

Bagi anda yang mengalami masalah itu, jangan terlalu kecewa. Perkongsian daripada Suzy Honey ini pasti dapat membantu.

Kata Suzy, beliau mendapat tip itu daripada seorang kawan lamanya yang dikenali sebagai Cik Pah.

Bayangkan, usia Cik Pah dah masuk 55 tahun, tapi rambutnya hitam berkilat, tiada sehelai uban pun!

“Wow, berkilat rambut Cik Pah! Panjang lebat dan tak ada uban. Bagaimana Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?

“Macam rambut orang muda. Tak ada uban, hitam berkilat yang pasti bukan sebab beliau mewarnakan rambut. Memang asli hitam. Cemburu tengok,” tanya Suzy kepada rakannya yang pada ketika sedang mengambil wuduk.

Rupa-rupanya inilah resipi turun-temurun yang diamalkan oleh Cik Pah sekeluarga.

*BAHAN-BAHAN:*

3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
3 sudu besar yogurt kosong

*Cara membuat:*

-Kisarkan kedua-duanya sampai sebati.
-Kemudian, sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
-Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
-Amalkan seminggu sekali untuk memulihkan rambut kusam supaya licin dan berkilat.

*INFO:*

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan vitamin B dalam daun kari.

*KEBAIKAN DAUN KARI UNTUK RAMBUT:*

1. Daun kari membekalkan nutrien penting kepada rambut dan kulit kepala yang dapat membantu memperbaiki akar rambut yang rosak.

2. Kandungan beta-karoten dan protein dalam daun kari mampu mengurangkan keguguran rambut.

3. Daun kari juga kaya dengan antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan folikel rambut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul di kulit kepala.

4. Vitamin B yang terdapat dalam daun kari membantu mencegah uban rambut pramatang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat.

5. Vitamin B6 yang terkandung dalam daun kari dapat menguatkan akar rambut.

*PENGGUNAAN DAUN KARI UNTUK PENJAGAAN RAMBUT:*

*1. Dijadikan tonik rambut*

-Daun kari turut berfungsi sebagai tonik rambut yang berkesan kerana ia mengekalkan kelembapan kulit kepala.
-Ambil segenggam daun kari dan rebus bersama 2-3 sudu minyak kelapa, kemudian lumur pada rambut ketika sudah sejuk.
– Kandungan vitamin B6 dalam daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.

*2. Mencegah kelemumur*

-Daun kari membantu menyingkirkan kulit kepala mati dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama kelemumur.
-Caranya, campurkan daun kari dengan sedikit susu segar (fresh milk) dan sapukan pada kawasan kelemumur. Lakukan cara ini setiap hari dan biarkan selama 20 minit sebelum mencuci.

*4. Mencegah uban pramatang*

-Daun kari salah satu bahan terbaik untuk membantu mencegah rambut beruban lebih cepat.
-Campurkan setengah cawan minyak zaitun dan setengah cawan minyak badam. Kemudian, masukkan segenggam daun kari. Keringkan lebih kurang 15 minit dan biarkan ia sejuk sebelum disapu pada rambut.
-Amalkan tiga kali seminggu untuk mencegah rambut beruban.

*5. Meningkatkan pertumbuhan rambut*

-Penggunaan daun kari yang teratur terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.
– Ambil beberapa helai daun kari dan keringkan di bawah cahaya matahari. Setelah itu, tumbuk daun kari menjadi serbuk dan campurkan dengan satu sudu yogurt, kemudian oleskan pada akar rambut dan hujung-hujung rambut.

*6. Mencegah rambut menipis*

-Wanita kerap mengalami rambut yang semakin menipis kerana beberapa faktor. Daun kari boleh membantu mengukuhkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
-Tumbuk beberapa helai daun kari, kemudian campurkan dengan serbuk cendana dan sapu pada kulit kepala.

BACA JUGA:

Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini

COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan

Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan