Raisuddin Sanggup Tempuhi 7 Jam Perjalanan Jumpa Kanak-Kanak Mirip Siti Sarah Untuk Ubati Rindu

Terbaharu, bapa kepada arwah iaitu Raisuddin berkesempatan berjumpa dengan kanak-kanak mirip Siti Sarah yang dikenali sebagai adik Miza.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik isteri Raisuddin yang dikenali sebagai Makder di laman Instagram, dia berkata mereka mengambil masa selama tujuh jam perjalanan menuju ke destinasi.

Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa.

Turut kelihatan bersama ialah anak sulung kepada arwah iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi video tersebut, terpancar kegembiraan pada wajah Uwais meskipun kelihatan sedikit segan ketika bertemu adik Miza.

Dalam pada itu, Raisuddin berkata, kanak-kanak berkenaan turut memiliki bentuk gigi dan tangan yang sama dengan arwah anaknya.

Sementara itu, suami kepada arwah iaitu pelawak popular Shuib sempat meninggalkan komen dengan mengatakan wajah adik Miza persis Siti Sarah sewaktu kecil.

Masya-Allah, comelnya lahai. Macam Siti Sarah masa kecil. Sampaikan salam saya pada adik Miza.-Shuib Sepahtu

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut berkongsi rasa teruja mereka serta tidak menafikan wajah adik Miza saling tidak tumpah dengan arwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.

Baca Selanjutnya :

SEDIH ! :Isteri Dari Neraka. Anak Kecil 3 Tahun Dedah Kecurangan Ibunya Sendiri Pada Ayah

Bil Elektrik Jadi Mahal? Pekerja TNB Dedah Kisah Sebenar Yang Berlaku

Surirumah Jana RM18K Dengan Main ‘Games’ Sahaja. Ini Rahsia Beliau. Patutlah Menjadi!!!