Rakyat Malaysia pecah rekod di Australia, ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta

Polis Australia berjaya merampas dadah terbesar yang pernah direkodkan di negara tersebut bernilai kira-kira A $ 140 juta (RM431 juta), dan menahan seorang warganegara Malaysia yang didapati membawa dadah terlarang.

Difahamkan bahawa dadah seberat 450kg – berat piano besar – itu diletakkan di dalam kargo laut dan akan diedarkan di sekitar Melbourne.

Rakyat Malaysia pecah rekod di Australia, ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta

Lelaki yang tidak dinamakan itu didakwa mengimport dan memiliki sejumlah ubat komersial, jika didapati bersalah, hukuman maksimum yang bakal menanti beliau adalah penjara seumur hidup, lapor Utusan Malaysia.

Polis Persekutuan Australia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes ini dan mereka juga komited untuk menghalang sindiket jenayah terancang yang melibatkan kedua-dua negara, kata Krissy Barrett, Komisioner Polis Persekutuan Australia, Komando Selatan.

Dalam perkembangan yang lain, sebuah video telah tular menunjukkan ibu tunggal sembilan anak menangis sejurus dia dijatuhkan hukuman mati kerana memiliki dadah.

Ibu tunggal yang berumur 55 tahun tersebut didakwa memiliki dadah seberat 113.9 gram di sebuah rumah yang tidak bernombor di Tawau, Sabah.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyokong agar pembaharuan undang-undang mengenai dadah dilakukan kerana kebanyakan mereka yang terkesan dengan hukuman mati adalah yang berada di kedudukan paling bawah rantaian pengedaran dadah.

Anggota Majlis Saintifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, “Ini sangat menyedihkan.

Sudah tiba masa untuk memulakan perbincangan dan meneruskan usaha menghapuskan hukuman mati. Selalunya hanya mereka yang terdesak dan berada di kedudukan paling bawah rantaian (pengedaran) yang perlu membayar harganya (menerima hukuman). Ia tidak akan dan tidak pernah menyelesaikan masalah dadah.”

Bagi pakar undang-undang, hukuman mati sering jatuh kepada ‘keldai dadah’ atau mereka yang digunakan untuk melindungi ketua sindiket dadah. Menurut MalaysiaKini, sejak Februari 2019, 1,281 banduan akhir dilaporkan sedang menunggu hukuman mati di negara ini, dengan 73 peratus telah disabitkan kesalahan mengedar dadah bawah Seksyen 39 (b).

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-ditahan-di-australia-kerana-dadah/

BACA JUGA :
Kita akan susahkan hidup golongan anti vaksin – KJ
Pelajar alami cacat kekal selepas didenda ‘ketuk-ketampi’ 150 kali
VIRAL !!! Dicium rakan sekerja ‘suami orang’, dah report, tapi ini yang terjadi…