Rakyat Singapura lahirkan kebimbingan, mula menerima kesan tindakan Malaysia bekukan eksport ayam. Langkah Malaysia membekukan eksport ayam mula memberi kesan kepada penduduk republik ini.
Ini dapat dilihat menerusi kenaikan harga makanan dan orang ramai beratur panjang di gerai menjual hidangan ayam popular.
Langkah Malaysia untuk menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan bermula Rabu lalu bertujuan untuk menangani kekurangan dalam negeri dan mengatasi inflasi.
Tetapi langkah mengejut itu menyebabkan kegusaran di Singapura, sebuah negara kecil yang bergantung kepada Malaysia untuk sebahagian besar import makanan termasuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan ayamnya.
Kebimbangan itu memberi kesan ke atas perniagaan nasi ayam yang sangat popular dan sering dijual di medan selera terbuka di negara itu.
“Harga ayam pasti akan naik”, kata Foo Kui Lian, pengasas Nasi Ayam Hainan Tian Tian, salah satu gerai terkenal yang menjual hidangan popular itu di Singapura.
“Jika (pembekal) menaikkan harga dengan banyak, kami perlu menaikkan sedikit harga kami atau sukar untuk kami bertahan.
“Sehari sebelum sekatan eksport bermula, orang ramai berbaris panjang di gerai ketika pengunjung ingin merasai hidangan itu sebelum berlaku lonjakan harga,” katanya.
Pekerja pejabat Meilan Lim antara mereka yang membeli hidangan itu.
“Walaupun saya sebenarnya bukan orang yang suka nasi ayam, cuma kadang-kadang anda mengidam.
“Jadi jika (larangan itu) akan berlarutan buat sementara waktu, ia akan menjadi masalah bagi saya.” katanya kepada AFP.
Beberapa pemilik gerai juga terpaksa menaikkan harga mereka dan pegawai memberi amaran mengenai gangguan kepada bekalan ayam.
Kebanyakan bekalan ayam dari Malaysia diimport ke Singapura adalah ayam hidup, manakala ayam sejuk beku selalunya diimport dari negara lain termasuk Brazil.
BACA:
Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg
Ini minuman paling terbaik didunia boleh diamal untuk kesihatan
Dituduh perampas Azri Iskandar, ini reaksi padu Afiqah Ishak