Ramai lelaki Jepun tak suka kencing berdiri

Bilangan lelaki Jepun yang mengaku duduk semasa membuang air kecil semakin meningkat sejak lewat 90-an dan kini, lebih 60 peratus golongan berkenaan dikatakan selesa mengamalkan tabiat itu.

Oddity Central melaporkan Jepun adalah pangkalan kepada sistem tandas tercanggih di dunia.

Beberapa pengeluar bersaing untuk menghasilkan mangkuk tandas dengan siri seperti internet tanpa wayar terbina dalam, atau kapasiti untuk mengumpul dan menganalisis sampel air kencing dan kemudian menghantar hasil ujian ke hospital terpilih.

Ramai lelaki Jepun tak suka kencing berdiri

Bagi mengetahui perkara yang pengguna mahukan dan seterusnya kekal berdaya saing, pengeluar mangkuk tandas seperti Toto atau Matsushita Electric Works, secara rutin menjalankan tinjauan yang mendedahkan beberapa maklumat yang pelik.

Sebagai contoh, hasil tinjauan, baru-baru ini, mendedahkan bahawa kebanyakan lelaki Jepun membuang air kecil di tempat duduk di tandas.

Membuang air kecil sambil duduk menjadi perkara biasa dalam kalangan lelaki Jepun sehinggakan terdapat istilah yang merujuk kepada perlakuan itu.

Trend itu mula dilaporkan pada akhir 1990-an, tetapi popularitinya meningkat secara beransur-ansur sejak itu.

Menjelang 2007, tinjauan menunjukkan bahawa kira-kira 40 peratus lelaki Jepun mengaku mengamalkan tabiat itu.

Baca Juga : Harga cecah RM100k, lelaki ini beli dulu harga RM80 pokok keladi emas 916

(VIDEO) Elon Musk nak tanam chip dalam otak manusia

Ni baru betul “Real Mafia Ayahnda” Video Awie konvoi Motor berkuasa tinggi jadi tumpuan orang ramai