Ramai mahu boikot Mat Kilau, ini respon Syamsul Yusof

Ramai mahu boikot Mat Kilau, ini respon Syamsul Yusof.Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof yang menjadi bualan ramai.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamsul mendedahkan ada pihak yang ingin memboikot filem dan karyanya disebabkan kontroversinya itu.

Bagaimanapun, Syamsul tenang mengatakan bahawa ada yang lupa bahawa mereka bukanlah Tuhan serta menyerahkan soal rezeki kepada Allah.

Ramai mahu boikot Mat Kilau, ini respon Syamsul Yusof

“Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot saya ‘lets cancel syamsul yusof’ & iri kejayaan dari Allah SWT Tiada yang Lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku reda,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Syamsul turut berkongsikan tempahan tiket yang tinggi secara dalam talian di semua panggung.

“Setakat ini, panggung memaklumkan Mat Kilau menjadi filem dengan tempahan tiket tertinggi (sebelum showing) mengalahkan filem Hollywood dan filem negara asing,” katanya.

BACA:

Lepas kalah saman, Amber Heard dilihat ‘shopping’ di kedai murah

Rugi RM1 juta : Pengusaha Durian King ‘terduduk’, buah kena serang penyakit

Proton bakal hentikan tempahan, ini puncanya