Ramai tak tahu, bisnes aiskrim ni modal besar untung tak seberapa

Tekanan kewangan mendorong ramai orang untuk mencari sumber pendapatan tambahan, termasuk melalui menjalankan dua pekerjaan atau berniaga.

Oleh itu, tidak menghairankan apabila terdapat pelbagai idea atau cabang bisnes yang dikongsikan di media sosial untuk dimanfaatkan bersama.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah mendedahkan realiti yang dihadapi oleh golongan peniaga seperti beliau.

Ramai tak tahu, bisnes aiskrim ni modal besar untung tak seberapa

Beliau yang aktif dalam bisnes aiskrim berkongsi bahawa hampir setiap hari terdapat kira-kira 10 individu yang menyertai dalam kumpulan berkaitan aiskrim di Facebook.

“Kenapa? Kerana ramai sifu yang cerita, berniaga aiskrim ni boleh untung 1,000 peratus. Margin sampai 800 peratus,” katanya.

Menurutnya, ramai dari golongan tersebut sebenarnya tidak mendapat keuntungan daripada jualan produk, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu yang mereka perolehi. Modal yang diperlukan untuk menarik pelanggan hanyalah ‘air liur’.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa terdapat banyak kelas dan kursus percuma di media sosial jika seseorang ingin mempelajari teknik pembuatan aiskrim.

Namun, beliau juga menekankan bahawa terdapat kos yang besar yang perlu ditanggung dalam penghasilan aiskrim, termasuk peralatan seperti freezer dan mesin aiskrim. Dalam perbincangan, beliau berkongsi harga bagi setiap barang yang diperlukan, yang boleh mencecah ribuan ringgit.

“Warga maya meninggalkan pelbagai pandangan. Ada yang berpendapat bahawa kebanyakan yang terpengaruh dengan bisnes aiskrim adalah mereka yang tidak memahami risiko dan kos sebenar berikutan ‘sifu’ hanya berkongsi jualan akhir,” ujar beberapa warga maya.

Antara pandangan yang lain, terdapat yang menganggap lambakan kelas perniagaan pada masa ini menjadi punca wujudnya golongan penipu.

“Benda seperti ini akan membawa kepada masalah lain, seperti yang berlaku pada affiliate, yang sudah menjadi huru-hara untuk pelanggan… ada penipuan di sana-sini,” tambah beberapa netizen.

Baca Juga : Ketukan pintu misteri, kali ni giliran artis pula kena