Ramai tak tahu cara gandakan akaun 1 KWSP, rugi tak belajar teknik ini

Ramai tak tahu cara gandakan akaun 1 KWSP, rugi tak belajar teknik ini. Bagi mengandakan pelaburan ahli KWSP, kerajaan telah membenarkan pihak KWSP untuk melaksanakan program untuk memberi peluang kepada ahli supaya mengunakan wang simpanan akaun 2.

Namun, ia bergantung kepada berapa jumlah wang kita miliki. Sekiranya tidak mencukupi, maka kita tak layak memohon untuk mengeluarkannya.

Bukan itu saja, KWSP itu ialah wang persaraan kita dimasa tua. Bukan mudah kerajaan membenarkan kita keluarkan sewenang-wenangnya. Pasti ada syarat ketat yang perlu diambil kira.

Apakah Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust?

  • Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)
  • Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
  • Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal
  • Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan.

Bagaimana Formula Mengira

Mari kita kira sama ada kita layak melabur dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

Jumlah Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur. Ia akan melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum pengeluaran.

 

Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun)Simpanan Asas
(RM)
181,0003760,000
193,0003866,000
205,0003972,000
216,0004078,000
228,0004185,000
2310,0004292,000
2412,00043100,000
2514,00044108,000
2617,00045116,000
2720,00046125,000
2823,00047134,000
2926,00048144,000
3029,00049154,000
3133,00050165,000
3237,00051176,000
3341,00052188,000
3445,00053201,000
3550,00054214,000
3655,00055228,000

Ramai tak tahu cara gandakan akaun 1 KWSP, rugi tak belajar teknik ini

Situasi 1

Ahmad berusia 22 tahun yang mempunyai simpanan RM 9,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Kalau rujuk pada jadual di atas, Jumlah Simpanan Asas yang dia perlu ada dalam akaun adalah RM 8,000.

Maka jika kita gunakan formula tadi

(Akaun 1 – *Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 9,000 – RM8,000) x 30% = RM300

Jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. Jadi, Ahmad adalah tidak layak untuk melabur unit trust

Situasi 2

Puan Dalila berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan RM40,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Menggunakan formula yang sama,

(RM 40,000 – RM29,000) x 30% = RM3,300

Berdasarkan pengiraan ini Puan Dalila layak untuk melabur. Jumlah maksimum untuk pelaburan ini adalah RM 3,300 dan RM1,000 adalah jumlah minimum.

Bagaimana Risiko Melabur Wang KWSP Ke Unit Trust?

Ramai tak tahu cara gandakan akaun 1 KWSP, rugi tak belajar teknik ini

Nama pelaburan tidak pernah lekang dari risiko. Lagi tinggi wang kita keluarkan untuk melaburkan, semakin tinggi risiko kerugian kita akan tanggung tapi lebih banyak keuntungan kita boleh raih jika berhasil.

Pelaburan memerlukan kajian dan mengetahui selok belok prestasi kewangan syarikat kita laburkan.

Melabur tanpa ilmu seumpama merancang untuk gagal. Selepas berpuas hati dengan kajian kita sendiri mulakan dengan pelaburan berisiko rendah. Ini adalah untuk langkah pendedahan untuk memahami situasi sebenar sewaktu melabur. Jika rugi kali pertama atau mendapat sikit keuntungan itu perkara biasa bagi pemula.

Bagi pemula amat disarankan untuk melabur dengan I-Akaun. Disini anda akan melihat prestasi kewangan syarikat yang boleh dilaburkan.

Semestinya, dana pelaburan unit trust yang lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan KWSP dan memberikan pulangan yang memberangsangkan.

Golongan Yang Digalakkan Untuk Melabur Ke Unit Trust

  1. Ibu bapa yang membuat simpanan pendidikan anak-anak.
  2. Individu yang merancang untuk kahwin lagi 5 tahun ke atas.
  3. Individu yang merancang beli rumah lagi 5 tahun ke atas.
  4. Kakitangan kerajaan yang mahu menyimpan untuk persaraan selain pencen.

Para pakar kewangan menasihatkan dan mengalakkan agar pelabur tidak bergantung kepada satu dana unit trust sahaja. Sebaliknya, pelbagaikan dana, dari beberapa syarikat yang diyakini.

Kesimpulan itu, sebelum melabur, pastikan kajian menyeluruh dibuat.

TONTON:

BACA:

Youtuber terkenal ditahan polis, didakwa bunuh kekasih kerana cemburu

Musykil pengeluaran KWSP lulus atau tidak? Ini petanda yang kena anda tahu

Selepas Yasin petik nama Syed Saddiq isu ganja di mahkamah, ini respon MP Muar