Adakah anda sering mengalami masalah setiap kali merebus telur? Apabila dikupas, telur sering hancur dan pecah.
Jangan bimbang, ada cara rebus telur yang betul untuk dikongsi. Anda dijamin akan mendapat telur rebus yang cantik elok tanpa cacat cela.
Cara ini tidak hanya menghasilkan telur yang sempurna, tetapi juga menjimatkan masa kerana tidak memerlukan teknik merebus yang rumit. Dalam tempoh 5 minit sahaja, telur rebus sudah siap.
Jika anda penasaran tentang bagaimana cara merebus telur tanpa air, mari kita baca artikel ini sehingga habis.
Cara mudah merebus telur tanpa menggunakan air. Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga. Dalam masa kurang daripada 5 minit, telur akan masak dengan sempurna tanpa ada pecah dan cacat cela. Memang senang untuk dikupas nanti.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Pertama sekali, basuh telur sehingga bersih.
2. Kemudian, lapik periuk dengan 2 helai tisu lembap (rendam dalam air) dan susun telur di atas tisu tersebut.
3. Masak seperti ketika memasak nasi dan tunggu sehingga butang di periuk naik sendiri.
4. Biarkan sebentar sebelum membuka penutup periuk.
5. Sejukkan telur terlebih dahulu sebelum dikupas. Kupas dengan berhati-hati supaya telur tidak pecah.
6. Selamat mencuba!
Baca Juga : GERAM! Budak Taska Didera Pekerja, Tengah Tidur Tapi Ditarik Kaki Sampai Jatuh Katil