Pernahkah anda terfikir macam mana agaknya gigi atau mulut haiwan di zoo dibersihkan? Tak payah pening kepala fikir dah, sebab baru-baru ini pihak Zoo Negara ada kongsikan cara-cara staf mereka memberus gigi badak air atau hippopotamus dalam bahasa Inggerisnya.
Pihak Zoo Negara telah berkongsikan tentang cara-cara tersebut menerusi TikTok mereka beberapa hari lepas.
Dalam video yang berdurasi yang selama seminit itu, dapat dilihat bahawa badak-badak itu akan mengangakan mulut mereka untuk diberus oleh staf zoo.
Dapat dilihat juga haiwan-haiwan tersebut sangat berkelakuan baik ketika gigi masing-masing diberus.
Zoo NegaraSumber: TikTok @znmzoonegara
@znmzoonegara ✨ Happy World Hippopotamus Day to our Kibu and Rocky, and all the amazing hippos around the world! ❤️ Wondering how we brush the hippo’s teeth? Take a look right here! It must be good to have someone help you brush your teeth #WorldHippopotamusDay #Hippopotamus #Hippo #BrushTeeth #AnimalFeeding #AnimalEnrichment #EventAtZooNegaraMalaysia #ZooNegaraMalaysia #ZooNegaraMalaysia2024 ♬ original sound – Zoo Negara Malaysia
Difahamkan, kedua-dua ekor badak itu dinamakan Kibu dan Rocky. Nama pun dah cute!
Memandangkan gigi dan mulut mereka besar, berus gigi yang digunakan oleh staf juga besar.
Rata-rata warganet terhibur dan kagum dengan gelagat badak air itu yang sangat ‘behave‘ ketika dibersihkan.
Baca juga: Pengetua Sekolah Agama masukkan zakar dalam mulut pelajar