Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mateen dan Anisha Isa Rosnah berlangsung dengan meriah dan mewah. Pasangan bahagia ini mengadakan majlis resepsi di Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.
Sejumlah tetamu kehormat hadir, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Bandar Seri Begawan.
Menurut laporan Lifestyle Asia, walaupun gaya hidup Putera Mateen dapat dilihat melalui perkongsiannya di laman Instagram, namun tiada siapa tahu maklumat terperinci mengenai nilai kekayaan dimiliki olehnya.
Bagaimanapun, beberapa laporan media berkongsi mengenai nilai kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah, ayahnya Putera Mateen mempunyai kekayaan bersih antara USD 28 bilion hingga USD 30 bilion atau bersamaan dengan RM139 bilion, menjadikannya antara orang terkaya di dunia.
Dilaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki sekitar 7,000 kereta, termasuk sekitar 600 Rolls-Royces, lebih 400 Ferrari, dan lebih 350 Bentley.
Salah satu Rolls-Royces miliknya dipercayai bersalut emas dan satu daripada Ferrarinya, 456 GT Venice, hanyalah satu daripada tujuh kereta yang pernah dibina.
Sultan Hassanal Bolkiah juga dilaporkan memiliki jet Boeing 747-400, Boeing 767-200 dan Airbus A340-200 miliknya sendiri.
Boeing 747-400 itu juga dipercayai dihiasi dengan emas di bahagian dalam dan berharga sekitar USD 400 juta.
Istana tempat tinggalnya pula mempunyai 1,700 bilik dan dikenali secara meluas sebagai salah satu kediaman diraja terbesar di dunia.
Untuk rekod, Putera Mateen telah mencuri perhatian orang ramai. Penampilannya yang segak dan kehidupannya yang mewah adalah antara yang mencuri tumpuan.
Putera Mateen dalam barisan kelima dalam takhta Brunei. Sebagai putera keempat Sultan, Putera Mateen telah diberikan beberapa tugas penting mewakili ayahandanya.
Beliau juga merupakan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Brunei dan seorang pemain polo yang handal.
Baca juga: Ustaz Don buat hal lagi! Dianggap tak sensitif jadikan kisah nabi bahan gurauan