Baru-baru ini, pelakon Shukri Yahaya menarik perhatian warganet apabila sebuah video mengaji beliau di TikTok menjadi viral.
Menerusi hantaran di TikTok, seorang pempengaruh terkenal dalam cabaran membaca Al-Quran, Qawiyaro, memilih untuk menerjah Shukri Yahaya untuk menyambung bacaan surah Al-Fil.
Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, Shukri, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, menunjukkan ketenangan dalam menyambung bacaan tersebut.
Apa yang memikat perhatian warganet adalah bacaan Shukri yang dianggap lancar dan merdu.
Menurut pemerhatian OhBulan!, kebanyakan warganet memuji bacaan Shukri, bahkan ada yang mengungkapkan keinginan untuk mendengarnya lagi.
Tidak hanya itu, dalam ruang komen, Shukri juga menerima pelbagai respons dari warganet.
Baca Juga : Memang terkejut, ada kamera intip dalam bilik inap desa, siapa punya kerja ni