Mungkin anda sedang bertanya-tanya, apakah cara yang paling selamat dan berkesan untuk mencuci peralatan masakan seperti kuali dan periuk di dapur.
Setelah menyediakan hidangan untuk isi rumah, sudah pasti kuali dan periuk yang digunakan akan meninggalkan kesan minyak yang sukar untuk dibasuh.
Sebagai seorang yang prihatin akan kebersihan, kita tentu merasa tidak selesa apabila perkakasan dapur masih kelihatan berminyak walaupun telah dibasuh berkali-kali.
Seorang wanita telah memperlihatkan apa yang berlaku kepada sinki apabila sisa minyak dibuang secara terus.
Apabila berdepan dengan situasi ini, kita cenderung untuk menggunakan lebih banyak air dan sabun untuk menghilangkan minyak sehingga mencapai kebersihan yang memuaskan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa kaedah mencuci tersebut tidak berkesan kerana melibatkan penggunaan air dan sabun dalam kuantiti yang besar.
Menurut perkongsian daripada Indah Water Konsortium (@iwk_official), kaedah mencuci konvensional menyumbang kepada masalah tersumbatnya sinki dan longkang.
Dalam satu video di TikTok, Indah Water telah membandingkan di antara kaedah mencuci konvensional dan kaedah mencuci lestari.
Secara umumnya, kaedah mencuci konvensional adalah apa yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu mencuci kuali di sinki bersama minyaknya sekali gus.
Penggunaan minyak yang banyak ini menyebabkan kita perlu menggunakan lebih banyak air dan sabun untuk membersihkannya sehingga kesan minyak dapat dihapuskan.
Tidak hanya tidak berkesan, lebihan minyak semasa memasak juga mengalir terus ke dalam sinki, mengarah ke pusat kumbahan. Ini boleh menyebabkan saluran tersumbat.
Berbeza dengan kaedah mencuci lestari, kaedah ini jelas lebih baik dari pelbagai aspek.
Dalam kaedah ini, kita perlu mengelap lebihan minyak menggunakan tisu atau agen pengeras minyak yang boleh diperoleh di kedai serbaguna.
Kaedah ini dapat menghalang minyak daripada memasuki saluran pembentungan, mengelakkan masalah kepada pengguna. Kelebihannya, proses mencuci juga menjadi lebih cepat dan mudah.
Lebih-lebih lagi, kaedah mencuci lestari sangat menjimatkan penggunaan air dan sabun serta mengurangkan lebihan minyak yang masuk ke dalam sinki dan seterusnya ke saluran.
Pasti anda sedang bertanya-tanya, mengapa perlu mengurangkan masukkan lemak, minyak, dan sisa makanan ke dalam lubang sinki rumah kita. Dalam video seterusnya, Indah Water Konsortium menunjukkan mengapa kita perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa masakan.
Pekerja Indah Water telah membuka salah satu penutup saluran pembentungan dan menunjukkan keadaan yang mengejutkan.
“Berketul-ketul lemak dalam minyak beku dalam tu. Ni yang jadi bila sisa makanan dibuang terus dalam sinki, masuk dalam sistem kumbahan. Lama-lama boleh tersumbat.”
Jadi, sebagai pengguna yang bijak, bertanggungjawab, dan menghormati alam sekitar, mari kita memilih kaedah mencuci lestari.
Baca Juga : Disuruh cerai isteri tak mahu, suami ugut sebar gambar atas katil ketika bersama