Ramai yang terlepas pandang, ini cara semak dan mohon bantuan SKK RM1,000

Ramai yang terlepas pandang, ini cara semak dan mohon bantuan SKK RM1,000

Ramai yang terlepas pandang, ini cara semak dan mohon bantuan SKK RM1,000. Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah SKK RM1,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai SKK RM1,000 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) – Mulai 15 April 2022.

Ramai yang terlepas pandang, ini cara semak dan mohon bantuan SKK RM1,000

Syarat Kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan
Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
Kad Pengenalan asal wakil; dan
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Cara Tuntutan
Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan SKK BKM 2022 boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI

BACA:

Lelaki ni ‘bercerita’ dengan ikan, ramai yang berdekah ketawa

Bina rumah guna bata merah memang terbaik, kontraktor ini jelaskan apa sebabnya

Ini bantuan bulanan RM1200 untuk belia yang ramai tak tahu, mohon segera!