Rancangan Single’s Inferno mula jadi kegilaan ramai, 10 peserta tercantik dipertontonkan

Program realiti mencari jodoh yang paling popular di Korea pada masa ini, iaitu Single’s Inferno musim ketiga, telah tamat pada 9 Januari yang lalu.

Antara peserta wanita yang mengambil bahagian dalam program tersebut, terdapat beberapa yang menarik perhatian penonton dengan kecantikan dan daya tarikan mereka.

Portal hiburan terkenal Korea Selatan, Koreaboo, baru-baru ini menyenaraikan 10 peserta wanita yang dianggap paling cantik sepanjang tiga musim Single’s Inferno.

Rancangan Single's Inferno mula jadi kegilaan ramai, 10 peserta tercantik dipertontonkan

Para peserta ini dipilih melalui undian oleh penonton.

1. Choi Hye Seon
– Tempat pertama ditempati oleh peserta Single’s Inferno musim ketiga, Choi Hye Seon, dengan 2,751 undian. Wanita berusia 26 tahun ini adalah seorang graduan Universiti Wanita Ewha dengan kepakaran dalam bioinformatik di jabatan Sains Hayat.

2. Song Ji A
– Song Jia A menduduki tempat kedua dengan 18% undian atau sebanyak 1,314 undian. Song Jia adalah seorang pempengaruh media sosial dalam bidang fesyen di Korea Selatan dan juga seorang YouTuber yang memfokuskan kandungannya kepada gaya hidup dan kecantikan.

3. Lee Nadine
– Peserta Single’s Inferno musim kedua, Lee Nadine, memperoleh 924 undian. Beliau seorang bekas model dan telah menamatkan pengajian di Harvard University dalam Neuroscience dan Sains Komputer.

4. Shin Seul Ki
– Tempat keempat ditempati oleh Shin Seun Ki dengan 621 undian (8%). Seul Ki, berusia 26 tahun, adalah seorang pelakon di Big Smile Entertainment dan juga seorang jurulatih piano yang memiliki kelulusan dari Universiti Kebangsaan Seoul.

5. Yun Ha Jeong
– Yun Ha Jeong dari musim ketiga menduduki tempat kelima dengan 367 undian.

6. Shin Ji Yeon
– Shin Ji Yeon dari musim pertama mendapat 4% undian atau 271 undian. Beliau adalah seorang pelajar sains saraf di Universiti Toronto.

7. Choi Seo Eun
– Tempat ketujuh diraih oleh Choi Seo Eun dari musim ketiga dengan 4% undian atau 267 undian.

8. Yu Si Eun
– Peserta musim ketiga, Yu Si Eun, memperoleh jumlah undian sebanyak 204.

9. An Ye Won
– An Ye Won dari musim pertama mendapat 2% undian dengan jumlah 137 undian.

10. Park Se Jeong
– Park Se Jeong dari musim kedua menduduki tempat ke-10 dengan 117 undian. Beliau adalah seorang model profesional yang kini menandatangani kontrak dengan agensi model KPLUS dan gemar melakukan senaman untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan yang ideal pada usia 27 tahun.

Baca Juga : Abang motor turap jalan lubang dengan batu terus dapat pujian