Adat berniaga, biasalah mesti pelbagai ragam customers kan? Itu lah, ini lah. Sampai kadang-kadang tak terlayan. Kadang-kadang stress, rasa nak marah pun ada.
Tapi nak buat macam mana, kita dah terikut dengan phrase ‘customer is always right’. So nak taknak, memang kena layan dengan baik, terpaksa jadi ‘fake’. Betul tak?
Macam cerita Suhaila Nurraysa, tiba tiba customer marah dan cakap beliau biadap. Ikuti kisah ini:
“Baru saya tahu guna perkataan saya dan awak tak beradap”
Status beliau sebenarnya (obviously) berbunyi sarcastic dan ditujukan kepada customer tersebut. Nak tahu kenapa Suhaila cakap macam tu?
“Awak diajar guna perkataan awak ke bila berbicara dengan customer”
Menurut customer tersebut, dalam urusan bisnes, menggunakan perkataan saya dan awak adalah biadap. Sebaliknya, dia berkata seharusnya Suhaila menggunakan perkataan ‘sis’, ‘dear’ atau ‘yunk’ (Bahasa apa ni?)
Baru beradap (KATANYAAA!)
“Takde dalam kamus Melayu”
Suhaila kemudian membalas dengan cara sarcastic (memang patut pun, heh) bahawa perkataan yang disebut customer itu tidak wujud pun dalam kamus Melayu.
Tapi dengan yakinnya (well biadap jugak sebenarnya) customer tersebut membalas balik pada Suhaila.
“Bukan masalah ada dalam kamus Melayu. Ni bahasa orang bisnes. Awak bisnes dengan orang kan? Bukan rujuk buku bm tu. Kalau macam tu so sorry you bukan orang yang boleh saya jadikan mentor untuk buat bisnes”
Difahamkan customer ini ingin menjadi agen dropship bisnes Suhaila. Sekali lagi beliau membalas pada Suhaila dengan berkata:
“Ni mesti tak pergi belajar bagaimana berbahasa untuk layan customer dalam bisnes”
Then, dia belajar bahasa ‘sis’, ‘dear’, ‘yunk’ tu dengan mentor mana? (Betul tak?)
“Assalamualaikum. Semoga berjaya ye budak pandai”
Begitulah Suhaila mengakhiri perbualan mereka. Well done Suhaila. Kadang-kadang kita tak perlu la nak bagi muka sangat, nanti customer pijak kepala. Yela, customer kan selalu betul (Haha)
Apa apa pun, tak kira lah kita penjual atau pembeli. Bahasa dan pertuturan sangat penting okay! (TAKE NOTE). Tak semestinya kalau kita customer, kita boleh nak kurang ajar atau maki penjual sesuka hati.
Akhir kata, PEACE NO WAR!
Baca juga: Ini rahsia orang dulu elak biskut raya jadi lemau