Masih ingatkah lagi ketika di waktu sekolah rendah dulu di mana perlu belajar bermain alat muzik dikenali ‘recorder’ dalam kelas muzik?
Tahukah anda bahawa, alat muzik ini bukan sahaja diajarkan sekolah di Malaysia, malahan negara lain juga turut tidak terlepas daripada perlu belajar bermain alat muzik ini.
Kemahiran kita dalam bermain alat muzik itu bahkan turut diuji dalam ujian penilaian muzik.
Namun pernahkah anda terfikir tentang mengapa murid sekolah perlu mempelajari alat muzik itu? Mengapa ‘recorder’ ? Mengapa tidak seruling atau klarinet? Kenapa mesti nak kena belajar main alat muzik itu juga?
Kenapa? Menurut portal Goody Feed, inilah antara sebab-sebabnya. Pertama, rekorder adalah alat muzik yang terbaik untuk menanam minat kepada kanak-kanak dalam muzik kerana ianya kurang memberikan tekanan kepada mereka.
Nak dibandingkan dengan seruling dan klarinet, ‘recorder’ sangat mudah. Ianya sangat senang untuk dipasang, senang dipelajari dan juga mudah untuk semua orang.
Keduanya, alat muzik ini murah. Daripada alat muzik yang tidak mampu dimiliki oleh pelajar dan berisiko hilang atau rosak, ‘recorder’ ini dapat meyakinkan ibu bapa tentang perlunya mempelajari alat muzik ini.
Akhir sekali, ianya ringan, kecil dan mudah alih. Ia tidak memerlukan sarung untuk melindunginya. Ia boleh diletakkan di dalam beg sekolah di samping buku-buku lain dan tidak berat bagi pelajar sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenai faedah atau fungsi sebenar perkara itu diajarkan di sekolah. Pun begitu, pastinya ramai dalam kalangan murid sekolah yang gembira menghasilkan pelbagai irama dan rentak dari alat muzik tersebut.
Baca Selanjutnya :