Rasuah RM 1 Bilion : Akhirnya Muhyiddin buka mulut

Tuduhan yang menyatakan Perikatan Nasional (PN) memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion dengan tujuan menjatuhkan kerajaan adalah fitnah yang sangat keji, melampau, dan tidak masuk akal.

Muat turun kenyataan penuh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dengan tegas fitnah tersebut dan menjelaskan bahawa tuduhan jahat ini telah disokong oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH), termasuk yang memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa pihak yang menyebarkan fitnah ini telah melanggar Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Rasuah RM 1 Bilion : Akhirnya Muhyiddin buka mulut

“Dalam tindak balas terhadap fitnah ini, laporan polis telah difailkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN.

Langkah-langkah tegas akan diambil untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut memberi amaran kepada pemimpin PH agar tidak mencampuradukkan institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor.

Beliau menegaskan perlunya mengelakkan fitnah terhadap orang lain semata-mata untuk menyembunyikan kekurangan dan kegagalan diri sendiri.

Dalam konteks perlembagaan, Muhyiddin menyatakan bahawa Malaysia mempunyai peruntukan tertentu yang menggariskan cara dan kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

Beliau menekankan kepatuhan terhadap perlembagaan dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin, telah meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengenai seorang pemimpin PN yang didakwa terlibat dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan tersebut, yang disiarkan melalui sebuah blog, mendakwa pemimpin PN telah menyediakan dana sebanyak RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan dengan maksud untuk menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Baca Juga : Usul undi tidak percaya terhadap Anwar, ini pula alasan pembangkang