Ratatouille animasi membawa baik, tapi tidak di dunia realiti sebuah premis di Pandan

Ratatouille animasi membawa baik, tapi tidak di dunia realiti sebuah premis di Pandan.

Pengguna, cupcorn, dalam ciapan balas, menyoal “ni bukan ratatouille?”. Merujuk kepada tikus dalam filem animasi, Ratatouille, yang ingin menjadi chef terkemuka di Perancis.

Pada Jumaat, KKM dalam akaun rasminya membuat ciapan emoji ‘memualkan’ merujuk rakaman video seekor tikus sedang menikmati ayam goreng, di sebuah restoran, yang sudah mendapat tontonan 1.5 juta.

Sebagai maklum balas, seorang pengguna, Praba, dalam ciapannya, berkata “Ini tidak boleh diterima sama sekali.”

Sementara itu, Ramesh, berkata, “Kedai 24 jam operasi mana ada masa untk bersihkan. KKM sepatutnya keluarkan SOP dalam 1 minggu tutup kedai untuk bersihkan. Kena pantau.”

Dalam pada itu, pengguna, @Dalesha, dengan nada menyindir, “Untung jadi tikus dapat makan ‘free’ (percuma) ayam goreng.”

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan premis yang tular itu ditutup 14 hari, termasuk dikenakan enam notis kompaun.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan terhadap video tular itu dan mengenal pasti lokasi premis terbabit terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

“Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu pada 24 Dis 2022. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, tindakan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan. Sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

BACA JUGA:

Netizen yang masih berminat dengan sketsa Tun M, tiada kebaikan baharu, ikuti kelaziman figura nombor 1 bercerita buruk tentang Anwar

Dhol dan wanita, kini terbukti serasi, bahkan semakin dikenali ramai

Peminat tarik nafas lega, walaupun Nad Zainal akui hampir gila