Reaksi eksaited pasangan India terjah Bazar Ramadan buat netizen tersenyum

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh barakah buat umat Islam, pun begitu bagi yang bukan Islam, mereka juga sedikit sebanyak merasai kemeriahan bulan Ramadan ini.

Di Malaysia, setiap kali bulan puasa akan ada jualan di bazar Ramadan bagi menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video pasangan suami isteri yang berbangsa India meluahkan rasa teruja kerana dapat membeli-belah di bazar Ramadan.

Reaksi eksaited pasangan India terjah Bazar Ramadan buat netizen tersenyum

Apa yang menghiburkan, dalam video pertama yang dimuat naik oleh @kaartik_rk ialah apabila isterinya belum sempat membuka pintu pagar untuknya tetapi sudah bertanya jika si suami ada membelikan kuih-muih dari bazar Ramadan.

Dapat dilihat keterujaan si isteri dan anaknya apabila si suami membelikan juadah dari bazar Ramadan untuk mereka dalam video tersebut.

Lebih menghiburkan, terdapat video sambungan di mana mereka akhirnya pergi ke bazar Ramadan bersama-sama dan membeli beberapa juadah seperti kuih-muih serta murtabak.

@kaartik_rk Salam Ramadan kepada semua Umat Islam..#kaartik_rk #learnfrmrk #rekkaartik #husbandwife #ramadan #couplecomedy #kongsiJer #fyp #kongsiBersama #AksoSupaPro #OptimizeToMaximize #AksoSupaPro12kPuff @officialaksomalaysia*HASHTAG #VempireArmy ♬ original sound – Kaartik Krishnan

“Comel betul!”

Video pendek itu menarik perhatian ramai dan rata-rata ‘cair’ dengan kecomelan pasangan suami isteri tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 558k tontonan serta lebih 3k komen, memang cute sangat!

Baca juga: Rahsia nak dapat ayam rangup sebijik macam kedai mamak popular