Figura seni bernama Aaron Aziz merupakan seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mana tidaknya, hampir setiap filem dan drama yang dibintangi bakal menjadi bualan ramai dan mendapat rating dan kutipan panggung yang tinggi.
Kalau dengan anak, Malik pun kecundang, Aaron Aziz pasrah layan karenah anak undang reaksi netizen
Namun, aktor lelaki berbadan tegap ini kerap dipandang dengan sosok yang garang mungkin kerana wataknya yang terlalu “menjadi” dalam filem-filem aksi.
Memecah tanggapan itu selebriti kelahiran Singapura ini melalui sebuah live di akaun TikTok peribadinya memaparkan sisi penyayang apabila membiarkan diri disolek oleh anak perempuan kesayangannya.
Live Tiktok yang telah ditangkap layar (screen record) dan dimuat naik semula oleh sebuah akaun peminat itu menunjukkan Aaron pasrah sambil menggelengkan kepala dalam melayan kerenah puterinya.
Luah tak tahu apa terjadi, redha disapu lipstick
@ctejaatabah aje pakcikk Malikk kitaa nii kena makeup dgn anak diaa. mukaaa diaaaa sepanjang kena makeupp
Aaron yang tampil bersama cekak rambut berbentuk telinga kucing itu turut menyatakan kepada peminat yang menitipkan komen bahawa jangan bertanya kepada dirinya apa yang sedang terjadi dengan muka yang selamba.
Anak perempuan pelakon KL Gangster ini kemudian menunjukkan 3 pilihan warna lipstick untuk dipakaikan kepada bapanya.
Seterusnya wanita berkenaan mula menyapu produk tersebut ke muka bapanya yang kelihatan redha menerima solekan tersebut.
Yang solek Aaron anak ketiga
Sebagai maklumat tambahan hasil perkahwinan bersama isterinya Diyana Halik, aktor berumur 47 tahun itu dikurniakan 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 orang perempuan.
Anak pertama pasangan ini bernama Danish Anaqi manakala kedua pula Dwi Ariana.
Puteri bongsu pasangan ini pula diberi nama Dahlia Arissa dan gadis inilah yang menyolek Aaron Aziz dalam live yang tular tersebut.
Netizen luah rasa terhibur dan kagum
Video tangkap layar yang dikongsi oleh @ctejaa itu telah meraih 256.6 K tontonan, 20.6 K likes dan 211 komen.
Rata-rata komen yang dititipkan netizen meluahkan rasa terhibur rasa terhibur dan kagum dengan kesabaran Aaron melayan telatah anaknya. Antara komen yang dapat dikongsikan adalah seperti berikut:
Baca Selanjutnya :