Remaja 14 tahun ini jana pendapatan RM400 ribu sebulan, ini yang dia buat

Remaja 14 tahun ini jana pendapatan RM400 ribu sebulan, ini yang dia buat. Gaji Remaja Ini Mencecah RM400 Ribu Sebulan. Apa Pekerjaan Dia?

Berumur 14 tahun mestilah korang masa tu baru tingkatan dua kan? Masih tercari-cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi.

Kebanyakan korang mesti lebih banyak menghabiskan masa untuk bermain atau hal-hal yang hanya berkaitan dengan korang kan? Tak pernah terfikir langsung pun untuk menjadi programmer. Betul tak?

Siapa sangka, Tanmay Bakshi berumur 14 tahun ini bukan saja mahir memprogram permainan komputer, tetapi pakar dalam kecerdasan buatan iaitu AI pada usia muda. Kalau kerja sebagai programmer gaji memanglah wow kan?

Gajinya 66 lakh (1 lakh bersamaan 100 ribu rupee) iaitu 100,000 rupee bersamaan RM6,003. Jika gajinya dikira dalam Ringgit Malaysia, boleh mencecah RM400,000 sebulan! Kalau setahun macam mana? Haaa, boleh bayangkan tak banyak gaji dia.

Remaja 14 tahun ini jana pendapatan RM400 ribu sebulan, ini yang dia buat

Selain menjadi programmer, Tanmay juga seorang pengaturcara komputer, pakar kecerdasan dan kecekapan teknologi termuda di IBM, iaitu syarikat komputer terkenal di dunia. Beliau juga dikenal sebagai Youngest IBM World Watson Programmer.

1. Minat Dengan Komputer

Tanmay mula suka dengan komputer ketika seawal usia 5 tahun. Sifat ingin tahu yang sangat tinggi ditunjukkan oleh Tanmay kerana melihatkan bapanya yang sering mengaturcara komputer.

Bermula dengan menghasilkan program pertamanya iaitu paparan “Hello World”, beliau mula mempelajari bahasa-bahasa komputer yang lain.

Bagi kanak-kanak pintar ini, beliau tidak bersekolah seperti rakan sebayanya kerana Tanmay bersekolah sendiri di rumah yang dirasakan sebagai kelebihan baginya. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ‘mainan’ yang mendorong untuk beliau mencipta aplikasi sendiri seawal usia 9 tahun. Memang menakjubkan!

Sebagai contoh, jika terdapat konsep matematik yang perlu dipelajari, Tanmay akan menggunakan algoritma tersebut untuk mencipta aplikasi. Pada usia 11 tahun anak ini mula beralih minat pada AI selepas melihat satu dokumentari mengenai teknologi itu di YouTube.

Katanya, itu pertama kali dia mendengar mengenai AI dan turut mengubati kebosanannya. Hebat tak sebab nak hilangkan bosan je.

2. Masa depan Artificial Intellingence (AI)

Teknologi masa depan seperti Artficial Intelligence dan Virtual Reality, Tanmay berkata beliau tak faham mengapa ramai pihak yang takutkan teknologi Artificial Intellingece.

Menurutnya, AI dihasilkan oleh manusia untuk membantu manusia dan kita boleh menghentikannya bila-bila masa yang kita suka. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan, dan ia telah membantu dalam pelbagai bidang seperti sains perubatan, media sosial, penyelidikan, pendidikan dan banyak lagi.

Itu turut menjadi permulaan bagi Tanmay untuk menghayati IBM Watson dan AI dan tidak lama selepas itu berjaya membangunkan aplikasi Watson sendiri.

Tanmay turut mencuri perhatian IBM selepas dia berjaya menyelesaikan isu pada perisian yang dibangunkan IBM dan diberi nama Document Conversion.

Anak muda itu memuat naik penyelesaian bagi mengatasi masalah perisian itu di Twitter dan juruprogram IBM terus menghubunginya. Lantaran itu, dia sering dijemput IBM untuk ke persidangan di serata dunia.

BACA:

Ibu bapa berhabis RM30,000 ganti patung Teletubbies dipecahkan anak

Pemuda ini dapat pujian ramai, sanggup beri selipar kepada warga emas

Selepas larang Ustaz Abdul Somad, Singapura dakwa terima ancaman seperti 9/11