Remaja Hilang 13 Hari Ditemui-“Badan Lemah, lapar, Tak Ingat Apa-Apa”

Kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun dikenali sebagai Dinna Ismalaily Suhaidi selesai apabila dia akhirnya dijumpai malam tadi.

Lapor Harian Metro, remaja itu ditemui oleh orang awam di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat Johor kira-kira jam 9.26 malam.

Ahli keluarga yang dimaklumkan mengenai penemuan itu segera bergegas ke lokasi dan mendapati Lily dalam keadaan lemah dan tak ingat apa-apa apabila ditanya.

Menurut kakak Lily iaitu Dialiesa Irdina, ketika ditemui adiknya masih memakai pakaian yang sama semasa dia hilang pada 1.22 pagi, 25 Ogos lalu.

budak hilang

lily hilang

Apabila mak sampai dan cuba bercakap dengannya, dia menjadi takut.

Tambah Dialiesa lagi, adiknya mungkin akan cuti sekolah selama sebulan atau dua bulan sehingga dia betul-betul pulih daripada trauma.

Pihaknya juga akan menghantar Lily ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Baca Selanjutnya :