Rentas negeri : Dijangka 160,000 kenderaan sehari ke Pantai Timur

Rentas negeri : Dijangka 160,000 kenderaan sehari ke Pantai Timur

Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan trafik lebuh raya itu akan mengalami pertambahan jumlah kenderaan 150,000 ke 160,000 sehari menuju Pantai Timur, apabila rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH Berhad, Ainul Hasri Shah Abu Hassan, berkata perkara itu dijangka apabila orang ramai, khususnya penduduk Lembah Klang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.

Rentas negeri : Dijangka 160,000 kenderaan sehari ke Pantai Timur

Setakat ini, katanya, ANIH Berhad tidak mengetahui bila pertambahan itu akan bermula kerana ia tertakluk kepada pengumuman kerajaan.

“Bagi kami, sudah tentu akan melakukan persediaan pembukaan rentas negeri ini dan masing-masing 13 tol di plaza tol timur dan barat juga mencukupi dalam menangani pertambahan kenderaan ini.

“Bagaimanapun kita jangkakan rentas negeri kali ini akan berjalan lancar susulan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dari Bentong ke Gua Musang (laluan Pantai Timur) dijangka mula dibuka esok,” katanya kepada BH, hari ini.

Ainul Hasri Shah berkata, ANIH Berhad juga menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan termasuk siap sedia menambah nilai Touch ‘n Go dan eWallet.

“Kesemua plaza tol ANIH Berhad mengguna pakai kemudahan Touch ‘n Go dan Smart Tag serta teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), namun pengguna juga boleh menambah nilai di pusat Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan Plaza Tol Gambang.

“Kami juga berharap sekiranya rentas negeri diumum, sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa dibuka sepenuhnya kerana kesesakan harian biasanya berlaku di situ,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini, dilapor mengumumkan kelonggaran rentas negeri akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Ahli Parlimen Bera itu, pada 22 September lalu.

Sementara itu, wakil Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai perancangan trafik menjelang pengumuman kebenaran rentas negeri.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873164/rentas-negeri-160000-kenderaan-sehari-dijangka-ke-pantai-timur

BACA JUGA :
Lelaki terkaya di Asia beri 6 nasihat untuk belia bergaji bawah RM2,000
Mesej selamat tinggal dari padang pasir
TERKINI !!! Ini syarat sebelum merentas negeri, balik kampung jumpa keluarga

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )