Majlis resepsi penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, bersama suaminya, Mohammad Aqbar, mendapat kritikan daripada seorang netizen di platform media sosial.
Dalam perkongsian video TikTok milik Shila Amzah, netizen tersebut tidak hanya mengkritik majlis tersebut tetapi turut mengaitkan arwah bapa Amylea.
Meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tuduhan yang dilemparkan, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, membela rakan sekerja dan mengecam komen negatif netizen tersebut.
Shila menegaskan bahawa tuduhan itu adalah fitnah dan memberitahu netizen supaya tidak menyebarkan fitnah melalui platform sosial.
“Itu fitnah! Bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main FB (Facebook). Itu semua fitnah. Orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia masa sakit untuk buat cerita bodoh macam ini. Membabi buta percaya ini tidak elok,” balas Shila.
Sebelum itu, Shila telah berkongsi video yang menunjukkan kemeriahan majlis persandingan Amylea bersama suaminya, Ash.
Netizen mencabar majlis tersebut dengan menyebut laporan berita lama mengenai permohonan bantuan untuk arwah bapa Amylea pada tahun 2021.
“Baru-baru ini aku tengok Amylea ini minta bantuan ayah dia sakit. Tup-tup tengok dia nikah mewah pula,” tulis netizen.
Sebagai catatan, bapa Amylea, Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62 tahun, telah meninggal dunia akibat penyakit jantung pada 11 Ogos 2021.
Amylea dan suaminya kemudiannya mengumumkan perkahwinan mereka pada 27 November lalu, tanpa mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Baca Juga : Suami Jenis Apa Macam Ini? Bakar Isteri Lepas Itu Terus Larikan Diri Sebab …