RM100 juta kerugian bangunan belum termasuk barang jualan, gudang Jakel terbakar

RM100 juta kerugian bangunan belum termasuk barang jualan, gudang Jakel terbakar.Pemilik syarikat tekstil Jakel dianggarkan mengalami kerugian hampir RM100 juta selepas gedungnya di Seksyen 7, Shah Alam, terbakar pagi kemari

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata bagaimanapun ia hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar kerugian belum dapat dianggarkan.

Katanya, kebakaran berlaku sekitar 7 hingga 7.15 pagi dan beliau dimaklumkan kejadian itu oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan berkenaan.

“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat. Api dipercayai bermula dari bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, bagaimanapun punca sebenar belum diketahui.

“Ini kerugian besar kepada syarikat bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah dan saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik. Sebagai orang Islam kita kena percaya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, memaklumkan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai kejadian sekitar 7 pagi dan anggota bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian.

BACA JUGA:

Parasit pemakan otak bukan lagi sekadar movie, kini di dunia nyata, ikuti nasihat KKM

Adik Norman, Lily dan Izz benar-benar bawa nama negara ke antarabangsa

“Maknanya mereka bertanding atas tiket Bebas”, – Peguam