Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki. Pelakon dikecam terlalu mesra dengan Zul Ariffin, kali ini aktres Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Fadlan Hazim selepas bergandingan dalam drama Sayang Tak Dikenang.
Menjelaskan hal itu, Ruhainies berkata, dia hanya menghidupkan watak dalam drama yang dilakonkan bersama supaya mencapai keserasian.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, dia tahu untuk menjaga batas agar hubungan itu tidak berlebihan.
“Saya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah. Itu tugas sebagai seorang pelakon.
“Kalau perlu bermesra, saya akan ikut. Namun tidaklah sehingga melampaui batas,” katanya kepada mStar.
Gandingan Ruhainies dan Fadlan dalam drama Sayang Tak Dikenang
Ruhainies mengulas perkara itu pada sidang media drama Sayang Tak Dikenang yang turut menampilkan Fadlan Hazim sebagai hero.
Sebelum ini, netizen mula teruja melihat Ruhainies dan Fadlan yang berbalas komen manja di Instagram.
Berkongsi lebih lanjut tentang drama itu, Ruhainies bersedia dikecam penonton yang marah dengan watak lakonannya yang disifatkan terlalu naif.
“Dengan Fadlan kali ini tidaklah begitu mesra sangat kerana dia juga ada hubungan cinta dengan wanita lain dalam drama tersebut.
“Saya tahu penonton akan marah dan katakan watak Ayu sebagai seorang yang bodoh kerana terlalu percayakan orang lain.
Kalau perlu bermesra, saya akan ikut
“Saya sendiri rasa geram apabila membaca skrip drama ini,” ceritanya.
Drama adaptasi novel karya Wazrul Shah ini diarahkan oleh Feroz Kadir. Ia bakal bersiaran pada 4 Mac di slot Akasia TV3.
Selain Ruhainies dan Fadhlan drama ini turut menampilkan wajah baharu Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama.
Baca:
Neelofa bagi susu percuma yang dah nak expired kepada orang ramai?
Watak Shima Annuar dalam Suamiku Pendosa dipuji netizen, sampai merah-merah muka..
Akhirnya kapal berusia ribuan tahun milik firaun dipindahkan di sini