Satu keperluan buat manusia sebagai tempat perlindungan, rumah juga adalah antara aset yang paling menguntungkan di masa hadapan.
Boleh mengaut pulangan mencecah jutaan ringgit, maka tak hairanlah jika ada yang sanggup melabur wang simpanan untuk membeli rumah.
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah senarai lima rumah paling mahal yang pernah terjual di Malaysia berdasarkan artikel terbitan Iluminasi.
1. RM 14.5 juta – Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang
Mendapat nama dari bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus, rumah banglo di kawasan ini adalah yang paling mahal pernah dijual di Malaysia.
Terletak di kejiranan bandar ‘kelas atasan’, harga purata bagi setiap kaki persegi rumah banglo di Pulau Tikus adalah bernilai RM570.
2. RM 13.6 juta – Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Dibangunkan di kawasan Tanjung Tokong, kediaman kedua termahal yang pernah terjual di Malaysia terletak di jalan sempit di Jalan Bunga Hinai.
Walaupun reka bentuknya terlihat ketinggalan zaman, harga purata bagi setiap kaki persegi banglo di Tanjung Tokong itu bernilai RM854.
3. RM12.6 juta – Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Pernah menjadi kediaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, banglo ini dinamakan semula sempena Perdana Menteri Malaysia pertama itu.
Harga purata bagi setiap kaki persegi untuk banglo di kawasan yang pernah dikenali sebagai Kenny Hill itu pernah mencecah nilai RM442.
4. RM12.1 juta – Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
Dimuatkan dengan 121 unit rumah, bangunan kondominium yang mempunyai 21 tingkat ini dibangunkan di Jalan Mendang Serai, Bangsar
Menjadi kediaman pilihan buat warganegara asing yang bekerja di Malaysia, harga purata untuk setiap kaki persegi kondominium ini bernilai RM815.
5. RM12 juta – Banglo Bukit Damansara
Terletak Bukit Damansara, rumah banglo di sekitar kejiranan ini pernah menjadi kediaman ramai tokoh terkenal termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, tapak kawasan ini pernah menjadi tempat tinggal kakitangan kerajaan sebelum ibu pejabat dipindahkan ke Putrajaya.
Lebih dikenali sebagai Damansara Heights, setiap kaki persegi banglo di lokasi ini dijual dengan harga purata bernilai RM652.
Baca juga: Pemandu e-hailing terus ugut bawak amoi ke balai polis selepas beri alasan tak ada duit bayar