Rupanya ada beza green tea dengan Matcha

Minuman berasaskan daun teh dipercayai sudah pun wujud sejak ribuan tahun lampau lagi.

Pada ketika itu, hidangan teh sudah dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan bagus untuk kesihatan.

Selain itu, hidangan teh juga miliki banyak jenis, antaranya teh biasa, teh hijau, matcha dan sebagainya.

Rupanya ada beza green tea dengan Matcha

Dalam pada itu, teh hijau atau green tea dengan matcha biasanya mempunyai rupa dan tekstur yang sama.

Maka tak hairanlah ada yang keliru dan menganggap kedua-dua teh ini adalah teh yang sama.

Persoalannya, betul ke teh hijau dan matcha adalah sama?

Menurut Art of Tea, teh hijau dan matcha pada dasarnya adalah sama kerana teh ini berasal dari tumbuhan yang sama, iaitu Camellia Sinensis.

Camellia Sinensis dianggap sebagai makanan super yang berusia lebih 1,000 tahun dan dipercayai mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Walaupun berasal dari tumbuhan yang sama, namun rasa, tekstur, warna, kaedah pembuatan dan kaedah penyediaan teh ini berbeza.

Pertama, kedua-dua teh ini dibezakan dengan kaedah penanamannya.

Teh hijau ditanam di bawah matahari sehinggalah saat dituai, manakala sistem teduhan dibina di atas teh matcha tiga minggu sebelum ia dituai.

Daun teh hijau akan tumbuh menjadi warna hijau yang kusam dan ton keperangan menjelang tuaian.

Manakala warna daun teh untuk macha kekal hijau terang dan pekat. Teduhan yang dibina meningkatkan kandungan klorofil dalam daun teh matcha.

Perbezaan keduanya pula adalah dari segi proses tuaian.

Daun teh hijau dituai menggunakan mesin dan daun segera dihantar ke pusat pemprosesan. Ketika ini, daun-daun dipanaskan untuk menghentikan proses penapaian.

Kemudian, daun-daun dikeringkan menggunakan mesin whirling. Daun-daun teh hijau biasanya berbentuk gulungan.

Manakala daun teh matcha dituai secara manual dengan penuai memilih daun yang paling berkualiti. Selepas itu, daun teh matcha dikeringkan secepat mungkin untuk mengurangkan proses teroksida.

Batang dan urat kemudian dibuang daripada daun teh sebelum diproses menjadi serbuk matcha.

Rasa teh hijau dan matcha juga sebenarnya berbeza

Teh hijau mempunyai rasa bertanah, rasa seperti rumput atau tumbuh-tumbuhan hijau.

Apabila dipanaskan, airnya menjadi hijau jernih atau perang lembut. Jika dipanaskan terlalu lama, warnanya boleh menjadi lebih gelap dan rasa sedikit pahit.

Warna hijau matcha pula lebih vibrant. Buih juga boleh terbentuk pada permukaan teh, bergantung kepada kaedah penyediaan.

Matcha juga mempunya rasa bertanah, rumput dengan sedikit rasa pahit/manis di hujungnya.

Teh matcha selalunya disediakan bersama susu atau pemanis, yang menambahkan lagi kenikmatannya.

Kesimpulannya, matcha dan teh hijau merupakan teh yang berasal dari tumbuhan yang sama.

Namun begitu, kedua-dua dibezakan daripada kaedah penanaman, penuaian dan juga pemprosesan.

BACA: Dapur gas berkerak dah macam apa, guna 2 bahan dapur ini sahaja nak bagi kilat