Rupanya Haqiem Rusli terbatuk semasa nyanyi live AJL36, ramai tak sedar. Kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang berlangsung Ahad lalu masih dirasai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya penyanyi-penyanyi yang dinobatkan sebagai pemenang, begitu hebat persembahan mereka yang mendendangkan lagu masing-masing.
Penyanyi, Haqiem Rusli juga tidak mengecewakan peminat apabila sekali lagi dia dapat membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL36) pada kali ini.
Sehinggakan berhasil memikat hati juri di malam AJL36 dengan dinobatkan sebagai tempat ketiga menerusi lagu Mimpi apabila gaya kawalan vokal Haqiem Rusli turut menarik perhatian ramai.
Walau bagaimanapun, tular pula satu rakaman apabila Haqiem Rusli dilihat sempat terbatuk disaat menyanyikan lagu Mimpi itu dengan penuh penghayatan.
Namun begitu, melihatkan Haqiem Rusli terbatuk ini menyebabkan ada yang baru perasan. Mana tidaknya, begitu professional Haqiem Rusli mengawal nyanyiannya selepas itu.
@man.tlb professional singer 👍🏻#haqiemrusli #ajl36 #mimpi ♬ original sound – Man Talib
Haqiem Rusli bagaimanapun di perkongsian tersebut menerima pujian warga TikTok dengan ditinggalkan ‘ratusan’ komen positif berserta lebih 20,000 tanda suka juga diberikan buatnya.
“Hahaha batuk pun ada style dan still hensem”
“Kita kalau batuk dah macam lupa diri seketika. Dia artis batuk pun macho lagi”
“Memang pro, ada style sembunyi batuk”
“Perasan jugak time ni, tapi sore dia tetap maintain”
Baca:
Akak Thailand ni gigih jadi ‘translator’ rungkai kes Tangmo selepas netizen Malaysia minta
Lelaki menangis hanya terima gaji RM127 je bulan ni, puas merayu dekat bos
Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki