Rupanya ini hukum makan batu lembu menurut ulama besar, dah lah ramai berebut nak makan

MENERUSI pelbagai platform media sosial, ramai yang berkongsi kisah serta pengalaman melaksanakan ibadah korban di lokasi masing-masing.

Dalam satu perkongsian yang tular di laman X, seorang lelaki mendedahkan mengenai perbuatan mencuri anggota haiwan korban di tempatnya yang boleh dikatakan berlaku saban tahun.

Dedah penyembelih berpengalaman sejak tahun 2012 itu, selain bahagian ekor menjadi kegemaran ramai untuk dimasak sup, anggota lain haiwan korban yang selalu ‘ghaib’ adalah torpedo atau zakar lembu jantan.

Rupanya ini hukum makan batu lembu menurut ulama besar, dah lah ramai berebut nak makan

Ini kerana ramai yang percaya bahawa sup torpedo lembu mempunyai khasiat bagi meningkatkan kekuatan seksual untuk lelaki.

Justeru, ramai yang sanggup mencuri untuk memakannya walaupun agak menjijikkan.

Namun begitu, apakah hukum memakan torpedo menurut hukum Islam?

Bagi merungkai persoalan tersebut, laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukumnya dengan tuntas.

Torpedo atau zakar lembu yang dikatakan berkhasiat untuk lelaki. -Gambar hiasan

“Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan batang pelir lembu jantan sebagai bahan asasnya.

“Zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan.

“Konsep makanan yang halal mestilah suci dan bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

“Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,” demikian penjelasan daripada laman berkenaan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal namun makruh hukumnya untuk dimakan.

Ibadah korban yang dilaksanakan saban tahun sempena Aidiladha. -Gambar hiasan

Hadis yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar dan pundi kencing”. (Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Nawawi menilai riwayat Baihaqi tersebut daif, seterusnya beliau menukilkan pandangan daripada al-Khattabi yang menyatakan darah adalah haram menurut Ijma’ dan sebahagian anggota yang disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing) adalah makruh.

Kesimpulannya, zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan.

Baca : Ahli keluarga suspek serang balai polis Ulu Tiram didakwa terbabit dengan IS