Rupanya ini maksud tanda ‘verified’ pada Mysejahtera anda, cek sekarang!

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Rupanya ini maksud tanda ‘verified’ pada Mysejahtera anda, cek sekarang!youtube verify verify synonym vaccine certificate verifier app maksud verify how to get verified on instagram verify 意思 email verifier verify in malay verify meaning verify [/bg_collapse]

Anda mungkin ada melihat tanda “Verified” atau “Sah” di sebelah nombor kad pengenalan. Beberapa pengguna di Twitter telah berkongsi tangkap layar ini, memandangkan ia sebenarnya sukar untuk diperoleh untuk akaun Twitter.

Menurutu log perubahan, versi terbaru ini dikemaskini dengan fungsi “self-serve help” iaitu bantuan layan diri, serta beberapa baik pulih rentan dan sedikit naik taraf. Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan mengenai tanda Sah ini, malah ia tidak dijelaskan di dalam soalan lazim Mysejahtera.

Jika mahu meneka, ia adalah petanda bahawa nama penuh serta nombor kad pengenalan pengguna telah disahkan untuk akaun MySejahtera. Jika anda pergi ke ruangan Profile > Menu (sudut atas kanan) dan pilih My Personal Details (Butiran Peribadi Saya), anda akan melihat nama penuh dan nombor kad pengenalan telah dikelabukan. Ini menandakan ia tidak boleh diubahsuai.

Rupanya ini maksud tanda 'verified' pada Mysejahtera anda, cek sekarang!

Di bahagian bawah pula tertera persoalan dan jawapan:

“Kenapakah saya tidak dapat menukar nama dan nombor IC saya? – Nama dan nombor IC anda telah disahkan, jadi anda tidak dapat menukarkannya lagi.”

Jika akaun MySejahtera anda belum sah, anda akan melihat status merah dengan perkataan “Verify Now” seperti di atas, atau “Sahkan Sekarang”. Status ini kelihatan seketika apabila pertama kali membuka aplikasi selepas dikemaskini. Mungkin akan ada pilihan untuk mengesahkan status dari dalam aplikasi.

Selain itu, perubahan kecil di MySejahtera adalah lebih mudah untuk mendapatkan bantuan untuk status kesihatan dan vaksin. Di muka utama, terdapat butang kecil “Help” atau “Bantuan” di bahagian atas kanan status risiko COVID-19 dan status vaksinasi COVID-19. Apabila tekan padanya, anda boleh melaporkan kad HSO hilang atau tidak tertera di skrin, masalah berkaitan status risiko, sijil vaksinasi tidak lengkap, dan sebagainya.

Fungsi ini hadir sebelum Malaysia memasuki fasa “perubahan ke endemik” pada 1 April kelak, yang mana sempadan antarabangsa akan dibuka selepas ditutup selama 2 tahun. Pengunjung yang telah lengkap vaksin boleh memasuki Malaysia tanpa perlu kuarantin, dengan syarat mereka telah diuji negatif sebelum memasuki negara. Pengunjung juga akan menerima kad pengembara di MySejahtera sebelum dibenarkan menaik pesawat ke destinasi yang dituju.

TONTON :

BACA:

Peminat gesa Amy Search berhenti menyanyi, “dah makin sumbang..”

Merengek minta susu, bayi dibelasah ibu sendiri akhirnya meninggal dunia

Tindakan pengantin selamatkan budak lemas semasa sesi ‘photoshoot’ gambar kahwin dipuji