Rupanya ini sebab Ifa Raziah terpaksa pasang lima bodyguard. SERING memperagakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.
“Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja.
“Saya ada lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi,” katanya kepada mStar.
Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan.
Ifa ambil langkah selamat pasang pengawal peribadi
Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu.
“Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.
“Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,”ujarnya.
Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah
Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL).
Bersama barisan selebriti yang turut terlibat dalam Starvendors Mega Fest Raya 2022
Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung.
“Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari.
“Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama,” ujarnya
BACA:
Updated : Tanda-tanda KWSP khas anda dah diluluskan
Puteri Jepun lepaskan takhta diraja untuk kahwin rakyat biasa, sanggup kerja di muzium
Ustaz perjelas hukum sebenar sujud atas kain telekung, wajib ambil tahu