Sabah hampir tumbang ke tangan Perikatan, seorang lagi Adun diperlukan

Usaha Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal hampir berjaya, menurut suatu sumber rapat PN Sabah.

Dalam satu temubual bersama The Straits Times, sumber tersebut memberitahu bahawa PN kini hanya perlukan seorang sahaja lagi Adun untuk menyertai mereka bagi merampas kembali Sabah.

Kesemua Adun itu juga dikatakan bersedia untuk mengisytiharkan sokongan kepada Tan Sri Musa Aman, bekas Ketua Menteri Sabah yang ditewaskan oleh Shafie sebelum ini.

Sumber tersebut turut memberitahu bahawa dijangkakan lebih ramai lagi Adun yang akan melompat keluar meninggalkan Shafie, dan kini PN sudah bersedia untuk bertemu Tuan Yang Di Pertua Sabah bagi memaklumkan sokongan tersebut.

Berita penuh : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/23/perikatan-sources-claim-secured-backing-of-14-sabah-reps-one-short-of-ousti/1887207