SABAH: Tanah runtuh, jalan Ranau ke Sandakan tak boleh dilalui

SABAH: Tanah runtuh, jalan Ranau ke Sandakan tak boleh dilalui. Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan hari ini, tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.

Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi. Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di kawasan terlibat. JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati,” kata kenyataan itu.

Jalan Ranau ke Sandakan adalah antara jalan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Sabah melalui kaki Gunung Kinabalu.

Ranau adalah sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak 117 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

BACA JUGA:

Berikan peluang pekerjaan untuk B40 lebih baik berbanding sumbangan tunai

Sukan Asia Hangzhou 2022 yang tertunda bakal berlangsung tahun ini

Budak lelaki 12 tahun terjatuh dari tingkat 11, patah tangan kiri