Safawi rasmi jadi pemain Ratchaburi FC

Safawi rasmi jadi pemain Ratchaburi FC. Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid akhirnya diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Ratchaburi FC yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thai, hari ini.

Safawi mengakui tidak sabar untuk membuat penampilan sulung bersama kelab itu apatah lagi sudah lama memasang impian untuk bermain di Liga Thailand.

“Sejak saya bermain bola sepak pada usia 15 tahun, impian saya mahu beraksi di Liga Thailand dan kini ia menjadi kenyataan.

 

“Jadi saya sangat menghargai kelab ini, kerana sudah lama saya menunggu untuk bermain di Thailand,” katanya pada majlis pengenalan bersama kelab itu, hari ini.

Safawi, 25, dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Ratchaburi dengan dia sebelum ini pernah berkelana di bumi Portugal bersama kelab Portimonense SC pada 2020.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menyertai beberapa lagi pemain Malaysia yang turut beraksi di Liga Thailand termasuk Dion Cools (Buriram United), Liridon Krasniqi (Khon Kaen United) dan Junior Eldstal (PT Prachuap).

BACA JUGA :

Sarawak berhasrat bina pusat kanser akhir tahun ini

Rusia beri amaran akan musnahkan 14 kereta kebal yang dihantar UK ke Ukraine

5,100 KG minyak masak paket bersubsidi dibungkus, disimpan tanpa kebenaran

COMMENTS

Wordpress (0)