Sejak dari semalam, kecoh diperkatakan mengenai pelakon Fathia Latiff yang membuat ‘ugutan’ akan keluar dari agama Islam jika netizen terus-terusan membulinya.
Menurutnya lagi, jika dia membuat perkara haram sekalipun kerana bengang dengan sikap pengguna media sosial, dia tidak berdosa malahan netizen yang menanggung dosa tersebut.
“Boleh tak korang stop kacau Fathia Latiff?”
Susulan tularnya isu tersebut, usahawan kosmetik, Safiey Illias meminta netizen untuk tidak mengganggu Fathia Latiff lagi.
Menurutnya, daripada kita bercakap tentang benda yang menyakitkan hati dan menambah dosa, lebih baik kita mendoakan yang baik-baik buat pelakon tersebut.
Saya bukan nak backup, tapi jangan kita menghukum orang tetapi kita langsung tak ada di sisi dia untuk bantu, mendengar dan memahami apa yang dia sedang lalui,” katanya.
Tambahnya lagi, Fathia adalah antara beberapa insan yang pernah bertanya khabar mengenai dirinya ketika dia sedang sakit.
Malah Safiey terharu dengan jasa Fathia yang mengambil berat mengenai dirinya saat orang lain menjauhkan diri.
Saya berani bersuara sebab dia adalah antara 2-3 insan yang ingat saya dan call saya walau masa tu kami tak berjumpa pun. Masa tu tahun 2020 semasa saya mengalami bipolar + skizo + MDD.
“Siapa tak terharu dan kenang jasa dia bila dia boleh call dan ajak jumpa sebab dia tahu saya tengah tak okey. Hari-hari fikir nak mati.
“Tapi dia boleh ingat dan risau akan saya padahal tiada siapa tahu saat itu saya tengah tak okey,” katanya.
Safiey juga pada masa yang sama meminta netizen untuk mendiamkan diri jika mereka tidak boleh membantu kerana satu perkataan boleh ‘trigger’ dan ‘provoke’ seseorang yang sedang bertarung melawan masalah mental setiap hari.
Jangan kerana satu perkataan yang kita tulis dan ucap dekat orang menghalang kita masuk syurga. Tak rasa rugi ke?” katanya lagi.
Posting berkenaan mendapat pelbagai komen daripada netizen, ada yang menyokong dan ada yang mengecam.
Pun begitu, kita doakanlah yang baik-baik buat Fathia dan berharap agar dia tidak melakukan perkara di luar jangkaan.
Baca juga: Leka main telefon sampai leka sumbat anak dalam peti ais, dah lama baru sedar