Saham Meta jatuh, Mark Zuckerberg kini di tangga 14 senarai manusia terkaya. Kemaskini 14 Februari 2022: Kedudukan Mark Zuckerberg kini di tangga ke-14 dengan nilai kekayaan berjumlah $78.4 billion (~RM328.46 billion)]
Saham Meta jatuh, Mark Zuckerberg kini di tangga 14 senarai manusia terkaya.
Laporan dari Bloomberg sebelum ini menyatakan saham Meta Platforms Inc (dahulu dikenali sebagai Facebook Inc) telah merosot sebanyak 26% awal Februari ini. Kejatuhan tersebut menyebabkan kehilangan sebanyak $250 billion (~RM1,047 billion) nilai pasarannya.
Para penganalisis menyatakan punca kejatuhan tersebut berpunca dari laporan sukuan tahunan yang menunjukkan kemerosotan bilangan pengguna aktif di Facebook.
Kemerosotan jumlah pengguna ini turut disumbangkan oleh pengurangan pertambahan bilangan pengguna baharu yang mendaftar platform media sosial terbabit. Kemunculan Tik Tok selaku trend baharu di arena media sosial turut tidak dinafikan sebagai salah satu punca.
Kejatuhan nilai pasaran saham tersebut juga memberi kesan terhadap Mark Zuckerberg selaku Pengerusi merangkap CEO merangkap Pengasas bersama Meta Platforms. Kekayaannya kini kurang dari $90 billion (~RM377 billion) selepas kemerosotan nilai saham Meta Platforms, dan seterusnya menganjak kedudukannya di tangga ke-12 di carta Forbes Real-Time Billionaires.
Carta kedudukan Forbes Real-Time Billionaires menjejak kedudukan kekayaan manusia-manusia terkaya di dunia. Platform penjejak kekayaan tersebut menyediakan kemaskini dari semasa ke semasa nilai kekayaan dan kedudukan setiap individu yang dikenalpasti sebagai billionair menurut Forbes. Nilai pengangan awam individu dikemaskini setiap lima minit selepas setiap bursa saham dibuka.
Tonton:
Berita Lain:
Lelaki simbah muka wanita dengan minuman, sekali wanita itu peninju Muay Thai
Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai
12 ribu kongsi resepi tom yam power gadis ini, puncanya kerana…