Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengadap yang di-Pertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas sesi Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya kepada Malaysiakini.
Spekulasi menyebut anggota parlimen Gua Musang itu akan mengadap pada jam dua petang ini.
Bagaimanapun, pembantunya berkata, pertemuan mungkin akan berlangsung lebih awal.
Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.
Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/546334