Salah pakaikan anak baju sekolah, netizen terhibur dengan gelagat Cik Piah

Penyampai radio, Feeya Iskandar, menjadi tumpuan ramai apabila tersalah memilih pakaian untuk anak-anaknya semasa hendak ke sekolah pada hari ini.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Feeya, atau lebih akrab dipanggil Cik Piah, menceritakan bahawa dia tidak sempat membaca mesej Whatsapp yang dihantar oleh guru anaknya berkenaan pakaian yang perlu dipakai pada hari tersebut.

Cik Piah menerangkan bahawa dia tidur awal malam sebelumnya, dan hanya sedar mengenai maklumat tersebut ketika dalam perjalanan menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Salah pakaikan anak baju sekolah, netizen terhibur dengan gelagat Cik Piah

Cik Piah menjelaskan lagi bahawa anak-anaknya seharusnya memakai pakaian seragam sekolah pada 22 Januari yang akan datang.

Walau bagaimanapun, dia mengakui bahawa anak sulungnya, Adam Malique, sebenarnya sudah memberitahunya mengenai perkara tersebut, tetapi dia tidak mengendahkan pesan itu.

Dengan nada jenaka, Cik Piah berkata, “Malam tadi dah tidur awal, Whatsapp pula baru bukak bila dah dalam perjalanan nak hantar dia orang tadika. Mummy kau memang loading. Lipstick pun comot mana tak terkejor nak siapkan diri sendiri siapakan anak. Abang nak bawa bekal. Sabar je lah.”

Baca Juga : Tauke restoran bengang dan koyak bila pelanggan review buruk tentang makanan