Salji mula turun di Arab Saudi, petanda apakah?

Salji mula turun di Arab Saudi, petanda apakah?

Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.

Dilaporkan ratusan kenderaan dilihat berhenti di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.

Ratusan kenderaan dilihat di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.

Persekitaran kawasan pergunungan itu hampir keseluruhannya diselimuti salji.

Ia dilihat jarang berlaku kerana kawasan itu biasanya panas kerana di padang pasir.

Pusat meteorologi Arab Saudi pada Isnin melaporkan ribut petir dijangka berlaku.

Hujan lebat dan hujan batu dijangka berlaku di Mekah, Riyadh serta beberapa kawasan lain di negara itu.

Baca Juga : Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )