Samsung Wallet bakal berada di Malaysia.
Samsung Wallet diumumkan akan mula ditawarkan di Malaysia penghujung Januari 2023 dan berdasarkan kenyataan media bertarikh 30 Januari 2023, ia sudahpun ada di Malaysia.
Negara kita adalah salah satu daripada 8 pasaran yang akan menikmati manfaat Samsung Wallet dengan baki 7 negara lain adalah Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura, dan Taiwan.
8 pasaran ini akan menyertai 21 negara lain sebagai lokasi yang Samsung Wallet sudapun beroperasi seperti Bahrain, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Kazakhstan, Korea Selatan, Kuwait, Norway, Oman, Qatar, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Vietnam, UAE, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Buat pengetahuan anda, Samsung Wallet adalah aplikasi baharu yang mengintegrasikan Samsung Pay dan Samsung Pass dalam satu solusi. Menggunakan Samsung Wallet pengguna boleh menggunakannya untuk pembayaran dan daftar masuk identiti digital dengan pantas dan selamat di telefon pintar.
Samsung Wallet dilengkapi ciri keselamatan tinggi Samsung Knox untuk melindungi data pengguna.
Antara kegunaan Samsung Wallet kelak adalah pembayaran tanpa tunai dan kad di telefon pintar, menyimpan kad ganjaran dan kad keahlian secara digital, serta kad identiti seperti lesen memandu, kad pelajar, kad vaksin dan juga pas penerbangan. Ia juga boleh menjadi kunci kenderaan digital, atau kunci bilik hotel. Bagaimanapun, fungsi yang tersedia kelak berbeza mengikut negara, tertakluk kepada kesediaan dan undang-undang setempat.
Daripada tinjauan kami, masih belum ada kelibat kemas kini Samsung Pay ataupun aplikasi baharu Samsung Wallet di Play Store ataupun Galaxy Store. Tentu sekali ia diedarkan secara berfasa. Cuba periksa telefon Galaxy anda sama ada terdapat sebarang kemas kini Samsung Wallet terbaharu ataupun tidak.
BACA JUGA:
Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini
COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan
Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan