Sanggup kahwin lelaki 46 tahun lebih tua, ini sebabnya…

Sanggup kahwin lelaki 46 tahun lebih tua, ini sebabnya. Seorang gadis berusia 19 tahun sanggup menerima lamaran seorang warga emas berusia 65 tahun walaupun jarak perkahwinan mereka berbeza 46 tahun.

Pernikahan pasangan berkenaan menjadi bahan perbincangan dalam media sosial lantaran kemurahan hati Sondani menghadiahkan mas kahwin sebanyak 500 juta rupiah (RM150,000).

Sondani yang berasal dari Ciberon, Jawa Barat, berkata, pemberian mas kahwin itu adalah atas keinginan dirinya dan tiada tuntutan daripada mana-mana pihak.

Isterinya, Fia Barlianti, bukan sahaja menerima wang tunai, bahkan turut dihadiahkan sebuah rumah, kereta, pakej umrah, emas 55 gram serta hadiah lain.

Sondani berkata, dia langsung tidak terasa hati dengan isu perkahwinan ‘luar biasa’ itu yang menjadi perbualan masyarakat.

Sanggup kahwin lelaki 46 tahun lebih tua, ini sebabnya...

“Saya tidak mempunyai akaun media sosial bahkan telefon bimbit saya juga sudah ketinggalan zaman.

“Saya tahu ramai yang bercakap kisah perkahwinan di media sosial, tetapi saya biarkan sahaja,” katanya lapor Kompas.com.

Sondani hanya menggunakan telefon monofonik iaitu generasi terawal telefon bimbit yang pernah dipasarkan.

Perkahwinan kedua lelaki itu diadakan di Kampung Tegalgubug, Arjawinangun, Cirebon.

BACA:

Pemuda ini dapat pujian ramai, sanggup beri selipar kepada warga emas

Selepas larang Ustaz Abdul Somad, Singapura dakwa terima ancaman seperti 9/11

Dulu sering dipertikai, kini langkah TMJ mula dituruti satu persatu