Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu

Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu.

Sarawak bakal memiliki sebuah lagi Muzium Budaya Borneo yang akan dibina di Bintulu, terletak di bahagian utara negeri ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.

“Kami telah luluskan sebuah lagi muzium di Bintulu. Ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun. Ramai warga asing di Bintulu terutama di kawasan perindustrian dan ini akan menarik kunjungan orang Korea, Jepun dan lain-lain ke Bintulu untuk menikmati dan mengetahui sejarah Bintulu,” katanya ketika berucap merasmikan Restoren Muzium Borneo di sini.

Mengimbau kembali bagaimana tercetusnya idea untuk mewujudkan Muzium Budaya Borneo yang ada pada masa ini, beliau berkata perancangan itu telah dibuat semasa beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan Sarawak ketika Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri.

“Kompleks muzium ini termasuk bangunan muzium lama dan muzium baharu. Selain itu kita juga mempunyai muzium semula jadi, kompleks Islam berhampiran dan restoran yang menyajikan masakan tempatan,” tambahnya.

Muzium Budaya Borneo yang dibuka kepada umum sejak Mac tahun lepas merupakan sebuah muzium bertaraf dunia, direka dan dilengkapi dengan kemudahan abad ke-21.

Selain pameran artifak dan spesimen unik, muzium itu turut mempamerkan sejarah serta kehidupan masyarakat Sarawak di zaman dahulu.

BACA JUGA :

Menteri Komunikasi dan Digital berpendapat, trailer filem Pulau tidak sesuai ditayangkan

COVID-19: 371 kes baharu, 5 kematian

Yadim saran Malaysia Airlines lakukan tinjauan berkenaan pakaian pramugari

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu […]

  • […] Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu […]

  • […] Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu […]