Satu kampung ketakutan dengar suara misteri Karaoke

Sebahagian penduduk di Muara Tembesi mendakwa sering terdengar suara misteri sedang menyanyi (karaoke) pada malam Jumaat hingga mencetuskan kebimbangan, lapor Tribunnews.

Misteri suara itu dilaporkan muncul daripada pembesar suara apabila langit bertukar gelap di sebuah pejabat desa di Kecamatan Muara Tembesi, Indonesia.

Gangguan itu turut melibatkan campur tangan pihak polis dari Balai Polis Muara Tembesi bagi membongkarkan alunan suara misteri berkenaan.

Menerusi satu klip yang dimuat naik oleh akaun tiktok @adminpolsekmatembesi pada Jumaat lalu, ia memaparkan anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi yang didakwa suara itu muncul.

Anehnya, insiden itu mendengarkan suara seorang lelaki sedang menyanyi tanpa alunan muzik hingga mengundang kebimbangan penduduk setempat yang datang memeriksa.

Difahamkan ketika kejadian, tingkap premis itu berada dalam keadaan berkunci.

“Masyarakat setempat melakukan pemeriksaan di pejabat desa kerana dipercayai terdapat suara berkaraoke ketika waktu malam.

“Setelah diperiksa, pintu dan tingkap berada dalam keadaan terkunci,” tulis kapsyen pada video itu.

Dalam satu hantaran berbeza turut memaparkan seorang pegawai polis datang untuk memeriksa misteri berkenaan.

“Meskipun pihak berkuasa belum mengenal pasti suara penyanyi itu, namun masih terdapat kemungkinan ia berlaku kerana kesilapan teknikal alatan tersebut atau makhluk lain,” tulis video itu lagi.

Sementara itu, Zainal Kabri yang juga penduduk setempat mendakwa dia sering kali mendengar suara misteri itu, bahkan bukan sahaja suara lelaki kadangkala mendengar suara perempuan.

Bagaimanapun, pihak polis mengesyaki insiden itu berkemungkinan berlaku akibat sambungan bluetooth dari seseorang.

Tiap Malam Penduduk Dengar Suara Ketawa
Terdahalu, SK melaporkan suara mengilai ketawa misteri yang didengari setiap malam sehingga mengganggu penduduk Desa Cikampek Timur, Kabupaten Karawang akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya suara milik seorang wanita yang mengalami gangguan mental.

@adminpolsekmatembesiTetap Waspada dan Jaga Kamtibmas

♬ suara asli – Polsek Muara Tembesi – Admin Polsek Ma Tembesi A Pram

Dalam satu hantaran berbeza turut memaparkan seorang pegawai polis datang untuk memeriksa misteri berkenaan.

“Meskipun pihak berkuasa belum mengenal pasti suara penyanyi itu, namun masih terdapat kemungkinan ia berlaku kerana kesilapan teknikal alatan tersebut atau makhluk lain,” tulis video itu lagi.

Sementara itu, Zainal Kabri yang juga penduduk setempat mendakwa dia sering kali mendengar suara misteri itu, bahkan bukan sahaja suara lelaki kadangkala mendengar suara perempuan.

Bagaimanapun, pihak polis mengesyaki insiden itu berkemungkinan berlaku akibat sambungan bluetooth dari seseorang.

Tiap Malam Penduduk Dengar Suara Ketawa
Terdahalu, SK melaporkan suara mengilai ketawa misteri yang didengari setiap malam sehingga mengganggu penduduk Desa Cikampek Timur, Kabupaten Karawang akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya suara milik seorang wanita yang mengalami gangguan mental.

Sumber: TikTok @adminpolsekmatembesi (1), (2), Tribun News

BACA JUGA:  Video Ramli MS bersembang dengan anak jadi perhatian