Sebuah video yang menunjukkan eskalator tiba-tiba bertukar arah lalu menyebabkan beberapa pengguna terjatuh menjadi tular di media sosial.
Memetik CNN Indonesia, kejadian itu dipercayai berlaku di Stesen Kereta Api Elektrik (KRL) Manggarai, Jakarta Selatan pada Rabu, semalam.
Menurut portal berkenaan, eskalator yang menghubungkan antara platform 11/12 Laluan Bogor itu pada awalnya berfungsi secara normal.
Pengguna juga dilihat menggunakan kemudahan tersebut seperti biasa.
Bagaimanapun, eskalator untuk mendaki itu dikatakan tiba-tiba bertukar arah dan bergerak turun.
Kejadian itu menyebabkan ramai penumpang menjadi panik hingga ada yang terjatuh.
Pengguna panik dan terjatuh, eskalator naik tiba-tiba bergerak lawan arah
Dalam pada itu, salah seorang penumpang KRL yang berada di lokasi kejadian sempat merakam insiden cemas tersebut. Pengguna berkenaan kemudian memuat naik rakaman tersebut ke akaun TikTok miliknya, @josafatimanuel_.
Muat naik video insiden itu menjadi tular dan menerima lebih 4 juta tontonan di TikTok.
Menerusi video muat naik tersebut, kedengaran suara jeritan panik daripada beberapa orang penumpang yang terkejut selepas eskalator itu bertukar arah.
Berdasarkan video itu lagi, terdapat beberapa penumpang dirakam terjatuh. Manakala ada penumpang lain melajukan langkah supaya tidak bertembung dengan pengguna dibawah.
@josafatimanuel_ turut meluahkan rasa kecewanya dengan kejadian yang berlaku.
Detik panik eskalatir bertukar arah jadi tular di TikTok
@cnnindonesia Leza menjelaskan kejadian bermula pada salah satu eskalator di hall lantai satu yang mengarah ke peron 11-12 Stasiun Manggarai yang secara normal mengarah ke atas menuju peron, secara tiba-tiba bergerak berbalik arah ke arah bawah. Kejadian tersebut membuat beberapa pengguna yang pada saat itu sedang berada di eskalator menuju ke arah peron terjatuh. Ia menyampaikan kejadian tersebut tidak menimbulkan korban. Selain itu, petugas pengamanan yang berjaga di sekitar eskalator secara sigap membantu pengguna yang terjatuh. #StasiunManggarai #Eskalator ♬ original sound – CNN Indonesia
Menurut pengguna TikTok itu, eskalator di stesen berkenaan kerap berdepan masalah seperti pernah tidak berfungsi sebelum ini.
Dia tertanya-tanya sama ada kejadian itu berlaku disebabkan eskalator berkenaan tidak mampu menampung jumlah pengguna.
Pengguna TikTok itu kemudian mempersoalkan sama ada pihak yang bertanggungjawab membangunkan kemudahan itu tidak membuat kajian terlebih dahulu tentang perkara tersebut.
Memetik laporan Detik, Kai Commuter Line yang menguruskan perkhidmatan KRL mengesahkan kejadian itu berlaku.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kai Commuter Line turut memohon maaf kepada pengguna yang terjejas.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna kemudahan eskalator di platform Laluan 11/12 Stesen Manggarai.
“Hasil pemeriksaan yang dibuat, kejadian itu berlaku pada 21 Februari lepas.
“Buat masa ini, eskalator berkenaan ditutup demi keselamatan pengguna. Kami telah berkoordinasi dengan Ketua Direktorat Keretapi untuk kerja-kerja baik pulih.
“Pengguna diseru untuk sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pegawai keselamatan yang bertugas,” kata kenyataan itu.