SAUDIA Airlines buka pusat kawalan operasi terbesar, canggih serta penerbangan lebih efisien

SAUDIA Airlines buka pusat kawalan operasi terbesar, canggih serta penerbangan lebih efisien.

SYARIKAT penerbangan terbesar Arab Saudi iaitu Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) mengumumkan pembukaan bangunan operasi terbaharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah.

Bangunan dengan infrastruktur dan teknologi terkini itu dirasmikan dalam majlis penuh istiadat oleh Timbalan Gabenor Makkah Putera Badr bin Sultan bin Abdulaziz, serta Gabenor Jeddah Putera Saud bin Abdullah bin Jalawi.

Bangunan serba lengkap itu akan berfungsi sebagai penggerak utama Saudi Aviation Strategy, di bawah Strategi Pengangkutan dan Logistik Negara yang lebih luas.

Bangunan baharu itu juga akan menyokong SAUDIA dalam usahanya untuk menjadikan KAIA sebagai hab global.

Dibina sepenuhnya oleh Syarikat Pembangunan Hartanah Saudi Airlines (SARED) di atas kawasan seluas 50,000 meter persegi, bangunan dua tingkat itu boleh menampung lebih daripada 1,100 pekerja.

Sepanjang peringkat reka bentuk, pembinaan dan penggunaan bangunan, SARED mengutamakan pematuhan piawaian keselamatan tertinggi, termasuklah struktur yang mesra alam.

Paling penting, ia juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran ideal yang memupuk produktiviti dan inovasi dalam kalangan pekerjanya.

Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran lapangan terbang, sekali gus menyediakan akses lebih mudah buat juruterbang dan kru kabin.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi kiosk self-boarding dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), lima karusel bagasi, serta kira-kira 15 bilik mesyuarat untuk taklimat pra-penerbangan kru kabin.

Bangunan operasi baharu ini juga terdiri daripada beberapa jabatan, termasuk Operasi yang merangkumi Pusat Kawalan.

Ia telah direka untuk membawa setiap sektor yang terlibat secara langsung dalam operasi penerbangan di bawah satu bumbung untuk menyelaraskan komunikasi dan memastikan pelaksanaan yang lancar sepanjang masa.

Untuk rekod, ia juga merupakan pusat terbesar seumpamanya di Timur Tengah dan yang ke-12 ke terbesar di peringkat global.

BACA JUGA :

Sarawak berhasrat bina pusat kanser akhir tahun ini

Rusia beri amaran akan musnahkan 14 kereta kebal yang dihantar UK ke Ukraine

5,100 KG minyak masak paket bersubsidi dibungkus, disimpan tanpa kebenaran

COMMENTS

Wordpress (0)