Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan pernah menegur bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam Insta Story miliknya.
Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi respon di dalam ruangan soal jawab di Insta Story apabila ditanya soalan berkaitan ahli parlimen Muar itu.
Ahli politik harus jadi hamba
TMJ dedah sebab apa benci sangat dengan Syed Saddiq, dengan selamba je jawab ‘Sebab dia fake’
Menerusi Insta Story milik TMJ, baginda telah membuka ruangan soal jawab kepada pengikutnya di laman Instagram.
Pelbagai persoalan diajukan kepada baginda dan semuanya mendapat respon baik daripada baginda sendiri.
Malah, TMJ juga dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa ahli politik seharusnya menjadi hamba kepada rakyat ketika musim pandemik ini.
Lelaki perlu ada prinsip
Diajukan soalan mengapa membenci YB parlimen Muar, TMJ secara spontan menjawab kerana dia berpura-pura (fake).
Tambah baginda lagi, seorang lelaki seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukan sekadar berpura-pura di media sosial seperti lalang ditiup angin.
Ada agenda jahat
Malah ketika soalan lain yang bertanyakan mengenai pandangannya terhadap Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq, baginda menjawab ianya bahaya jika disalahgunakan oleh individu-individu yang mempunyai agenda jahat dan kepentingan peribadi.
Walaupun tidak dinyatakan nama ahli tersebut, namun rata-rata netizen tahu ahli politik yang dimaksudkan.
Baca Selanjutnya :