‘Sebab saya artis’, Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung

'Sebab saya artis', Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung

‘Sebab saya artis’, Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung. Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii dilihat berang dengan netizen yang tak habis mengecam dirinya dan isteri, Nik Nazira, yang sudah tidak lagi bertudung.

Ketika ditemui OhBulan!, Yonnyboii menekankan dia manusia biasa yang mempunyai perasaan biarpun bergelar selebriti. Penyanyi berumur 24 tahun ini akui pernah terasa seperti gagal melindungi isteri daripada ‘mulut jahat’ netizen.

Saya tak suka orang kutuk isteri, kata macam-macam..saya pun terasa la. Itu yang buatkan saya bengang sangat dan muat naik status berkenaan di Instagram.

Saya dan isteri, manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, janganlah mengecam teruk sangat sebab kami pun ada hati dan perasaan.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, biarpun isterinya nampak tenang namun dia tahu ada luka yang berbekas di hati.

'Sebab saya artis', Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung'Sebab saya artis', Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung

‘Sebab saya artis’, Yonnyboii berang dengan netizen yang kecam isterinya tidak lagi bertudung

Saya tak suka tengok isteri saya sedih. Walaupun dia (isteri) cakap okay tapi saya dapat rasakan dia sedih. Saya sebagai suami bertanggungjawab untuk buat isteri saya rasa selamat, gembira dengan hubungan ini dan rasa tidak terancam dengan orang lain.

Hati dah sejuk

Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit sedar apa yang terpaksa dilalui isterinya berikutan kariernya sebagai selebriti. Enggan memendam perasaan, Yonnyboii memohon maaf kepada umum atas ketelanjuran kata di media sosial.

Kalau saya bukan artis, pasti isteri tidak dikecam teruk kerana tidak lagi bertudung. Jadi, inilah cabaran kerjaya saya yang perlu kami fahami bersama-sama dan cuba menghadapinya dengan baik.

Sekarang saya banyak memberi semangat kepada isteri untuk dia lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan ini. Apapun, sekarang ini hati saya dah sejuk dan saya juga mohon maaf di atas semuanya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

BACA:

Ini beza antara barang kemas 916 dan 999, semua wanita wajib tahu

MBSA buka jawatan kosong, mohon sekarang