Sebab tak hormat Celine Dion jadi punca Taylor Swift kena belasah

Kemenangan besar Taylor Swift di Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles pada Isnin, disertai dengan kecaman netizen.

Bukan kerana orang ramai tidak bersetuju dengan pengiktirafannya, tetapi kerana reaksi spontan Taylor di atas pentas ketika menerima anugerah Album Terbaik kurang disenangi ramai.

Peminat yang menonton acara tersebut kurang berpuas hati dengan tindakan Taylor yang dianggap tidak sensitif terhadap keberadaan penyanyi legenda, Celine Dion, yang tampil sebagai penyampai anugerah.

Sebab tak hormat Celine Dion jadi punca Taylor Swift kena belasah

Ini menjadi kemunculan pertama Celine selepas lebih setahun sejak dia mengumumkan dirinya menghidap Stiff Person Syndrome (SPS), dan rata-rata netizen menganggap Taylor tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap Celine, yang juga merupakan pemenang lima kali anugerah Grammy sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Taylor mengubati kekecewaan peminat selepas dia tampil merakam gambar berpelukan di belakang pentas bersama Celine selepas menerima anugerah untuk album Midnight.

Sementara itu, kemunculan Celine pada acara tersebut juga mengejutkan peminat yang selama ini bimbang dengan tahap kesihatannya.

Celine turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya dengan ucapan tulus dari hati.

Selain Taylor, antara pemenang lain yang menjadi tumpuan pada acara tersebut termasuklah Miley Cyrus (Rakaman Terbaik – Flower), Billie Eilish (Lagu Terbaik – What Was I Made For?) dan Victoria Monet (Artis Baharu Terbaik). Taylor juga membawa pulang trofi Vokal Pop Terbaik dalam Album.

Baca Juga : Tentera Israel bongkar modus operandi bakar semua rumah di Gaza